Ahad, 25 September 2016

~RESEPI KERABU MAGGI~


Bahan-bahannya;
~bungkus Maggie Thai/Siam (dalam gambar)
~1 biji buah tomato-
~1/2 labu bawang besar-
~Sejengkal batang celery
~Segenggam daun ketumbar
~1 biji cili merah besar
~1 sudu sos ikan-jika suka
 ~1 sudu air asam limau-jika suka
~2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai). 

*kenapa kita kata jika suka untuk sos ikan dan air asam limau?..kerana sos maggie siam ni dah masin, masam dan pedas.

Bahan Lauknya:
Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball
DLL

Cara-caranya:
~~panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera…masukkan 1 peket rempah mee segera…tunggu hingga menggelegak…masukkan seafood…udang dahulu baru fish cake dan selebihnya …sebentar sahaja…bila dah mengerekot, terus angkat…kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis...jangan main lebur jer tau…kadar masak dia berbeza…keluarkan seafood…dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera. ..dah lembut, keluarkan…masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu…air rebusan jangan dibuang!.. langkah seterusnya…masukkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk mee…masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan asam limau nipis serta 1 peket rempah mee siam tadi…gaul rata…siap!!!