Selasa, 11 Julai 2017

Vsl Beauty Care

Assalammualaikum....
Dah lama saya tak menulis dalam blog nie...huhuhuhu..saya sedikit sibuk n sebenarnya saya ketandusan idea...
Hari ini saya ingin menceritakan satu produk kecantikan baru tapi xda la baru sgt..saya mula2 cuba pakai produk ini pada November 2016..selama 4 bulan saya dapat lihat perubahan pada kulit saya..
Pada bulan Januari..saya kehabisan produk ini n tiada stok lain..hampir 2 bulan saya tidak menggunakan produk ini n muka saya sedikit berubah...akhirnya bulan Mac lalu saya mengambil kembali produk ini sehingga ke hari ini..alhamdulillah..kulit saya semakin berseri..

VSL BEAUTY CARE

SET UNTUK JERAWAT/ KULIT BERMINYAK

Jumaat, 3 Februari 2017

~6 Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat dan Mudah~

~~Cara menurunkan berat badan tidak hanya terbatas untuk mendapatkan tubuh langsing ideal, namun juga tentang kesihatan...kerana kelebihan berat badan atau obesiti dapat mencetuskan terjadinya berbagai macam penyakit berbahaya seperti serangan jantung, diabetes type 2, tekanan darah tinggi, sakit urat, kolesterol tinggi dan berbagai macam penyakit lainnya....
Oleh sebab itu sangat penting menjaga kesihatan tubuh dengan mengikis lemak yang terkumpu dan bonusnya adalah tubuh yang ramping.

Cara Menurunkan Berat Badan

Cara Menurunkan Berat Badan
Hal terpenting untuk menurunkan berat badan adalah menjalani gaya hidup sihat bermula dari tetapan pola makan hingga bersenam secara rutin dan teratur. Pola makan yang tepat boleh mengurangkan jumlah lemak jahat yang masuk kedalam tubuh. Sedangkan sukan dapat membakar lemak dengan cepat sehingga berat badan akan berkurang.
Berikut ini beberapa langkah mudah untuk menurunkan berat badan namun sangat efektif tanpa perlu melakukan perkara-perkara ekstrem yang justru membahayakan kesihatan.

1. Jangan Makan Setelah Jam 9 Malam
Sekurang-kurangnya tidurlah satu jam selepas makan. Hal ini kerana makanan tidak dapat diproses secara sempurna oleh tubuh jika kita buru-buru tidur selepas makan. Sehingga makanan tersebut berubah menjadi lemak saat kita tertidur

2.Elakkan Makanan Berkalori Tinggi
 Elakkan beberapa makanan yang mengandungi kalori tinggi seperti jajanan gorengan, kerepek, makanan segera, ais krim, minuman bersoda, bijirin manis, penuaan olahan (hot dog, sosej dan daging olahan sejenisnya), kuah daging, dan sebagainya.

3. Minum Air Mineral yang Cukup
Air mineral boleh membuat kita merasa kenyang lebih lama sehingga mengelakkan makan yang berlebihan. Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas setiap hari, boleh juga minum air sebelum makan agar perut terisi dan cepat kenyang.

4. Perbanyak pengambilan protin mereka dan Serat
Pengambilan protein dan serat yang cukup ini sangatlah penting untuk menjaga berat badan tetap ideal. Protein boleh membantu menurunkan kadar lemak, anda boleh mendapatkannya dari tempe, tahu dan makan lain. Sedangkan serat dapat membuat tubuh kenyang lebih lama, anda boleh mendatkannya dari kacang-kacangan, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti epal, pisang, pear dan apricot

5. Lakukan Olahraga
Sukan yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan adalah senaman kardio. Selain dapat menurunkan berat badan, senaman kardio juga boleh mengecilkan perut buncit. Anda boleh melakukan senaman kardio seperti jogging, berbasikal atau berenang. Namun jika cuaca tidak memungkinkan untuk berjoging di luar rumah, maka anda boleh melakukan sukan di bawah ini.

Butt Kick Sxercise
Cara Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat
Cara Melakukannya :
  • Ambil posisi awal berdiri tegak dengan kedua-dua tangan menggenggam dan diangkat ke atas seperti pada gambar.
  • Gerakkan kaki kanan ke belakang hingga tumit hampir menyentuh punggung.
  • Turunkan kaki kanan kemudian ulangi pergerakan yang sama dengan menggunakan kaki kiri.

High Knee
Cara melakukannya:
  • Mulakan dari kedudukan berdiri
  • Punggung tetap lurus dan rileks
  • Lakukan gerakan lari di tempat namun dengan mengangkat lutut setinggi perut
6. Rehat yang Cukup
Elakkan begadang dan dapatkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari. 
Hal ini dapat membuat pengeluaran hormon tetap seimbang, sehingga nafsu makan pun boleh dikawal dengan baik. 
Selain itu juga mengembalikan kecergasan tubuh dan memperbaiki masa otot selepas kita bersenam.
Tidak ada cara segera untuk menurunkan berat badan, semua memerlukan proses. Lakukan beberapa langkah diatas secara rutin hingga mencapai sasaran berat badan yang anda inginkan.

Isnin, 23 Januari 2017

~TABIAT YANG PERLU KITA ELAK KALAU NAK KURUS CEPAT~

~~Assalammualaikum n selamat bersua...agak lama juga saya tak catatkan apa-apa kt blog sejak kebelakangan ini kan...bukan apa..kehabisan idea...huhuhuhu...hehehhe...hahahhaha...
  ~okey...hari nie saya nak bercakap tentang tabiat-tabiat yang perlu kita elakkan kalau kita nak kurus cepat...ada lebih kurang 20 tabiat....jika anda masih amalkan 2 tabiat ini maka... anda memang susah nak kurus...no 11 & no 17 anda mungkin sedang alami cuma tak perasan itu yang menyebabkan anda susah nak kurus...cuba tengok balik semua senarai berikut adakah ia penyebab utama anda tak kurus-kurus....jangan amalkan yer....

1~ selepas jogging makan nasi lemak.....
2~ minum air kosong bawah litre.....
3~ minum air manis selalu.....
4~ makan pastries setiap hari.....
5~ tak bersenam langsung......
6~ makan pisang goreng setiap hari.....
7~ selesa dengan keadaan sekarang 'comfortzone'.....
8~ makan malam lebih dari pukul 9 malam.....
9~ tak pernah timbang berat badan.....
10~ makan malam lebih 600 kalori.....
11~ jarang membuang air besar........
12~ selalu makan di kedai mamak.....
13~ makan nasi 2 pinggan.......
14~  makan kerepek sebagai snacking.....
15~ makan 'fast food' selalu.....
16~ jarang makan sayur dan buah.....
17~ suka makan 'processed food'....
18~ selalu update IG tentang makanan sedap.....
19~ menguyah tak boleh berhenti.....
20~ sarapan pagi lebih 500 kalori....

  ~~makanan memang penting untuk kita....tapi kita kenalah selalu beringat...jaga kesihatan kita...~

Rabu, 12 Oktober 2016

~~puding roti~~

~~assalammualaikum~~semestinya ramai antara kita suka makan makanan yang manis2 kan...orang cakap pencuci mulut laa....selalunya pencuci mulut nie kita jumpa kalau kita pegi makan kat hotel...makan ala2 bufet...memang banyak kan...kepada yang pandai masak pencuci mulut nie tak susah untuk kita sediakan...bagi saya yang kurang pandai memasak...saya lagi suka mencari resepi yang senang @ simple untuk memudahkan saya memasak...antara resepi mudah yang saya jumpa ialah...PUDING ROTI...ingatkan susah..rupanya tak sesusah yang saya fikir....jom kita tengok...

~mula2...kita mesti sediakan bahan2 nya:~
* roti putih
* susu sejat
* gula merah @ gula perang halus
* butter @ majerine
* coklat rice @ coklat chip
* 2 biji telur
* madu
* esen vanilla


~langkah seterusnya:~
1 ~ sediakan bekas @ loyang...taburkan gula merah @ perang ke dalam bekas tersebut secara rata sebagai lapisan pertama.....
2 ~ potong @ gunting roti kepada 4 bahagian kecil..... 
3 ~ sapukan butter di permukaan atas & bawah roti...susunkan roti tersebut didalam bekas sebagai lapisan kedua....
4 ~ taburkan coklat rice @ coklat chip sebagai lapisan ketiga....boleh tabur kedua2 sekali...kalau suka...
5 ~ susun semula lebihan roti yang telah disapukan butter untuk lapisan keempat....
6 ~ taburkan gula merah di atas kepingan roti tadi....
7 ~ dalam bekas yang berasingan...pecahkan telur 2 biji....campurkan madu, esen vanilla dan susu sejat...pukul sehingga sebati...biar sampai berbuih...
8 ~ tuangkan adunan tersebut ke atas lapisan roti tadi....
9 ~ taburkan lebihan coklat chip & coklat rice...dan boleh dikukus...selama 20-25 minit....
10 ~ bila dah siap...bolehlah kita ngap...sedap dimakan samada panas @ sejuk....

`~` jangan lupa untuk mencuba....sedap~~~~

Ahad, 25 September 2016

~RESEPI KERABU MAGGI~


Bahan-bahannya;
~bungkus Maggie Thai/Siam (dalam gambar)
~1 biji buah tomato-
~1/2 labu bawang besar-
~Sejengkal batang celery
~Segenggam daun ketumbar
~1 biji cili merah besar
~1 sudu sos ikan-jika suka
 ~1 sudu air asam limau-jika suka
~2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai). 

*kenapa kita kata jika suka untuk sos ikan dan air asam limau?..kerana sos maggie siam ni dah masin, masam dan pedas.

Bahan Lauknya:
Sotong
Udang
Fish cake
Crab stick
Fish ball
DLL

Cara-caranya:
~~panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera…masukkan 1 peket rempah mee segera…tunggu hingga menggelegak…masukkan seafood…udang dahulu baru fish cake dan selebihnya …sebentar sahaja…bila dah mengerekot, terus angkat…kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis...jangan main lebur jer tau…kadar masak dia berbeza…keluarkan seafood…dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera. ..dah lembut, keluarkan…masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu…air rebusan jangan dibuang!.. langkah seterusnya…masukkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk mee…masukkan 3 senduk air rebusan, sos ikan dan asam limau nipis serta 1 peket rempah mee siam tadi…gaul rata…siap!!!













Sabtu, 20 Ogos 2016

~9 Mitos Anda Perlu Abaikan Mengenai Penurunan Berat Badan~

~~Seringkali kita dengar bahawa terdapatnya pelbagai andaian atau pendapat seseorang mengenai penurunan berat badan. Tahukah anda bahawa banyak rupanya ‘pegangan’ kita hari ini adalah mitos semata-mata. Jika berazam dalam proses penurunan berat badan, anda perlulah ambil peduli atau selidik terlebih dahulu adakah kenyataan-kenyataan yang anda dengari kini benar-benar fakta ataupun tidak.
Mitos atau andaian negatif itu pastinya akan membuatkan diet anda terganggu. Jadi jom kita semak apakah itu 9 mitos yang berlawanan dengan fakta penurunan berat badan.

9 Mitos Vs. Fakta Mengenai Penurunan Berat Badan 

Berikut merupakan 10 mitos yang sering dipercayai, namun hakikatnya fakta yang sebenar adalah bertentangan denngan pemahaman kita mengenai penurunan berat badan. Apakah mitos-mitos itu? Jom kita semak satu-persatu.

1. Mitos: Makan dan senaman yang konsisten tidak akan membuat berat badan naik
Fakta: Konsisten dalam bersenam bukanlah kunci utama penurunan berat badan. Seiring dengan bertambahnya usia seseorang, kadar metabolismenya juga turut berkurang. Perubahan dalam sistem metabolisme merupakan bukti bahawa setelah umur 40 tahun, kadar metabolisme seseorang akan mulai turun secara bertahap. Sehingga, seseorang mungkin harus meningkatkan jumlah olahraga atau mengurangi jumlah makan untuk perubahan dalam tubuh. Melakukan senaman yang konsisten mungkin tidak dapat membantu dalam jangka waktu panjang, tetapi ia akan sentiasa mengekalkan kecergasan tubuh pada setiap hari.

2. Mitos: Jauhi makanan segera
Fakta: Makanan cepat saji atau ready made masih boleh diambil berbanding dengan makanan yang diproses dan fast food seperti kentang goreng, burger, nugget. Makanan-makanan segera yang tinggi gula, garam, MSG  atau seumpamanya perlu segera dihindari.  Jadi, anda tiada alasan untuk berhenti memakan makanan cepat saji. Apa yang perlu dilakukan adalah memilih jenis makanan secara berhati-hati supaya dapat mengawal jumlah kalori yang diambil.

3. Mitos: Kerap mengunyah tidak baik untuk penurunan berat badan
Fakta: Camilan atau kerap mengunyah selain makanan berat dianggap buruk kerana orang cenderung berfikir bahawa camilan itu berupa wafer, kuih dan keropok bukan buah segar atau sayuran. Tabiat kerap mengunyah sebenarnya membantu anda mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Pakar pemakanan dan diet menyarankan agar makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap, iaitu lima kali setiap hari berbanding dua kali makan tetapi dengan kuantiti yang banyak.

4. Mitos: Hindari karbohidrat
Fakta: Makanan berasaskan sumber karbohidrat tidak perlu dihindari 100%. Karbohidrat yang diproses memiliki kandungan tinggi dan sepatutnya hindari pengambilan gula. Walaupun begitu, makanan lainnya seperti roti gandum penuh, beras merah, kekacang  dan sepertinya perlu disertakan ke dalam makanan atau masakan anda.

5. Mitos: Makan selepas jam 8 malam akan menyebabkan berat badan naik
Fakta: Pukul berapa sekalipun anda makan sebenarnya tidak menyebabkan kenaikan berat badan. Yang menyebabkan kenaikan berat badan adalah jumlah kalori yang diambil melebihi sepatutnya setiap hari, tambahan pula jika malas untuk berolahraga, maka penambahan berat badan akan cenderung naik dengan cepat dan mendadak.

6. Mitos: Makanan tertentu membantu penurunan berat badan
Fakta: Kita sering salah faham bahawa makanan seperti asam, acar atau jeruk dapat membantu menurunkan berat badan. Memang benar beberapa makanan mempercepat metabolisme dalam tubuh tetapi hakikatnya makanan-makanan tersebut tidak membantu menurunkan berat badan malahan memberikan mudarat kepada tubuh badan.

7. Mitos: Jauhi kekacang jika ingin menurunkan berat badan
Fakta: Memang benar bahawa kekacang mengandungi kalori yang tinggi tetapi kacang rendah lemak sememangnya mengandungi tinggi kandungan serat dan protein. Sebenarnya sumber kekacang ini juga sangat baik untuk anda jika dapat digabungkan dalam diet pemakanan harian (namun masih dalam jumlah kecil).

8. Mitos: Daging membuatkan anda sukar untuk menurunkan berat badan
Fakta: Daging merah (mentah) mengandungi sejumlah kolesterol dan lemak tetapi ia juga mengandungi nutrisi penting lainnya, seperti zat besi dan protein. Jumlah kecil daging merah boleh diambil ke dalam diet anda bagi memenuhi keperluan tubuh untuk mencukupkan nutrien.

9. Mitos: Menjadi vegetarian membantu menurunkan berat badan
Fakta: Sering terlihat bahawa diet vegetarian jumlahnya lebih kecil berbanding dengan mereka yang bukan vegetarian. Tetapi, ini tidak menjamin pengurangan berat badan kerana apabila adanya pengambilan memilih makanan yang tinggi lemak dan kalorinya, maka mengikuti diet vegetarian  sama juga tidak membantu.

Ringkasnya, kebanyakan masayarakat kita hari ini lebih cenderung mendaftarkan diri ke program-program penurunan berat badan yang menjanjikan hasil yang memberangsangkan terutamanya membantu menurunkan berat badan dalam waktu singkat berbanding belajar dan ambil peduli tentang info-info kesihatan. Jika anda salah seorang daripada mereka yang  mudah tertarik dengan program seperti itu, perkara paling penting yang anda perlu ialah ambil tahu tentang mitos dalam program penurunan berat badan sehingga anda pasti dapat membuat keputusan yang bijak dan tepat. Semoga topik ini dapat membantu anda membezakan yang mana satu fakta dan yang mana satu mitos supaya proses penurunan berat badan dapat berjalan dengan jayanya.~~



Khamis, 28 Julai 2016

~Rahsia Kuruskan Berat Badan Sebanyak 20 Kg Tanpa Sebarang Suplemen~

~~rahsia dan tips untuk menurunkan berat badan sebanyak 20 kg....
~~Antara tips mudah yang perlu kita amalkan ialah:

1. Tidak mengambil gula atau sebarang air manisan
2. Tidak mengambil minuman sejuk dan berais
3. Jauhi pengambilan makanan karbohidrat termasuk roti, biskut, kek, donat, nasi)
4. Amalkan pengambilan air kosong 2liter setiap hari
5. Tidak ambil makanan berat selepas jam 7 malam
6. Bahagikan porsi makanan kepada 4 bahagian. Guna pinggan kecil. 1/4 nasi, 1/4 protein (ayam, ikan). Elakkan makanan laut dan daging. Ambil lauk sahaja tanpa kuahnya selain lebihkan sayur dalam pinggan hidangan.
7. Minum air 30 minit sebelum dan selepas makan. Jangan terus minum. Ini bagi membiarkan makanan dapat turun sepenuhnya terlebih dahulu. Jika makan makanan pedas, sebaiknya tahan dulu dari minum sebarang air.
8. Makan buah sebelum makan tetapi pastikan hadkan pengambilannya kerana buah juga mengandungi gula dan karbohidrat.
9. Sekali sekala makan apa sahaja yang diingini tetapi pada hujung minggu sahaja.
10. Pastikan minum air detox atau clenx tea kerana ia membantu melawaskan sistem penghadaman dan pencernaan.
11. Amalkan bangun awal pagi dan mandi sebelum subuh.
12. Jangan terus mandi lepas makan.
13. Jaga waktu tidur. Pastikan dapat tidur yang mencukupi.
14. Ambil berat pada diet makanan yang diambil. Boleh juga cara berdiet ala diet Atkins.

~~Jadi, agak-agak anda yang dalam target nak kurus boleh cuba ikut cara ini tak? Sudah tentu boleh sebab jika orang lain boleh maka tidak hairan anda juga boleh kurus dan turunkan berat badan. Apa yang penting, keazaman dan fokus pada apa yang telah disetkan. Anda juga mesti nak cantik, kurus dan ramping seperti gadis ini. Jom, kurus!!!!!~~