~~Cinta tidak pernah meminta, ia
sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada
kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan~~
~~Jangan sesekali mengucapkan
selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah
jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya~~
~~Cinta bukan mengajar kita lemah,
tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan
diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat,
tetapi membangkitkan semangat~~
~~Cinta dapat mengubah pahit menjadi
manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh,
penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi
rahmat~~
~~Kadangkala kamu tidak menghargai
orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi~~
~~Jangan mencintai seseorang seperti
bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti
sungai, kerana sungai mengalir selamanya~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan