Selasa, 24 Mei 2016

Berapa Kg Perlu Turunkan Berat Badan Dalam Seminggu?

Fat-Thin-Women 
 

Kebanyakan orang, khususnya wanita, lebih dominan memikirkan tentang berat badan ideal mereka. Masalah ini sering menjadi alasan mereka untuk melakukan diet ketat untuk menurunkan berat badan sebanyak yang mungkin dalam waktu yang singkat.
Namun begitu, berapa ramaikah di kalangan kita yang tahu berapa banyak berat badan yang boleh dikurangkan dalam masa seminggu, sebulan atau setahun dan ia dianggap selamat? Mengikut livestrong.com, penurunan berat badan yang selamat dan efektif adalah tergantung kepada berat badan anda. Buatlah kombinasi yang seimbang antara diet pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal yang boleh membantu membakar kalori dan jangan biarkan tubuh menjadi tempat berkumpulnya lemak-lemak yang tidak diingini.


Sudahkah-Anda-Punya-Timbangan-Berat-Badan-Ini

Berdasarkan kajian, penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 0.5 hingga 1 kilogram (kg) per minggu. Jadi anda hanya boleh menurunkan berat badan sekitar 2-4 kg per bulan. Lebih dari itu dianggap tidak sihat. Turun berat badan lebih dari 1 kg per minggu tidak semestinya membantu menghilangkan lemak, tetapi yang pastinya anda akan kehilangan massa otot tubuh serta air di dalam tubuh.
Penurunan berat badan lebih dari angka tersebut juga bermakna tenaga akan berkurangan dan membuatkan tubuh badan lemah dan tidak bermaya. Perlu diingatkan bahawa penurunan berat badan setiap orang boleh jadi berbeza-beza kerana ia bergantung kepada umur dan jantina.

shutterstock75223777

Oleh itu, untuk memulakan diet yang sihat, gantikan pengambilan makanan anda dengan makanan rendah kalori, kaya serat (fiber), dan bernutrisi tinggi seperti menggantikan makanan manis, makanan yang diproses di dalam tin mahupun kerepek kepada mengambil buah-buahan dan snek kekacang. Banyakkan meminum minum air kosong, sayur-sayuran dan sebaik-baiknya kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
Justeru, sebaik-sebaiknya pastikan bahawa anda tidak memilih cara diet yang salah dan terlalu ekstrem tentang penurunan berat badan yang menjanjikan hasil yang cepat tetapi memberikan kesan buruk untuk jangka masa panjang. Jadi, sebelum memutuskan untuk menjalani diet, pastikan anda benar-benar sihat, tidak sakit dan tidak sedang menjalani apa-apa rawatan atau pengubatan.   Jika perlu, dapatkan khidmat konsultansi terlebih dahulu dengan doktor atau pakar diet jika anda mempunyai penyakit seperti diabetes, asma, alergi dan sebagainya.


Rabu, 4 Mei 2016

~5 Menu Salad Yang Tidak Digalakkan Makan Ketika Diet~


~~hai, lunch makan apa?...ada yang makan salad sahaja ke?...salad sesuai untuk orang-orang yang sedang berdiet kerana mengandungi serat (fiber) yang tinggi...lagipun ketika berdiet memang amat kita digalakkan agar mengambil makanan yang sihat dan seimbang...salah satu makanan yang yang biasa dimakan orang-orang yang sedang berdiet adalah salad...ya, dalam semangkuk salad, semua keperluan nutrisi sudah mencukupi...namun begitu, benarkah dakwaan bahawa berdiet dengan salad merupakan antara makanan yang sesuai, sihat dan seimbang?~~
~~sebenarnya tidak semua jenis salad dibolehkan atau disarankan untuk diambil ketika berdiet...sayuran atau buah-buahan yang segar serta dressing rendah lemak merupakan salad yang baik untuk diet anda...namun, seringkali kita pasti tergoda untuk menambahkan rasa tambahan yang lain seperti krim, mayonis atau pun keju ke dalamnya...jika anda sedang berdiet, pastikan anda tidak mengambil jenis-jenis salad seperti di bawah ini..........

 
caesar-1 
1. Salad Caesar
1 porsi sayur dalam salad caesar mengandungi 382 kalori...ia memang menyihatkan tetapi tetapi pastikan anda tidak menambahkan keju dan heavy dressing ke dalam menu ini kerana dibimbangi akan merosakkan diet dan kalori yang sedia ada......



  caesar-1 
2. Salad Greek
kandungan nutrisi yang terkandung dalam sayur salad, tomato, timun, bawang bombay dan lain-lain memang menyihatkan...1 porsi salad Greek mengandungi kira-kira 313 kalori (tanpa tambahan dressing dan keju)...namun, jika anda menambahkan ia dengan minyak zaitun, keju dan dressing lain secara berlebihan, besar kemungkinan salad anda mengandungi lebih tinggi kalorinya seterusnya ia pasti akan membuatkan diet anda gagal.......




130903-UJEDRUSIA-coleslaw-35595
 

3. Salad Coleslaw
salad ini merupakan antara salad popular dan lebih digemari lebih-lebih lagi kalau digandingkan bersama kentang goreng atau kentang putar...wah, feeling makan set kfc pulak ye sampai tak toleh kiri kanan...namun begitu, apa yang menyebabkan anda perlu menjauhi salad coleslaw ini adalah kerana penggunaan mayonis yang menjadi pelengkap dan penyedapnya...jika ingin menjamahnya tidak salah tetapi jangan berlebih-lebihan atau jadikannya amalan kerana 1 mangkuk kecil salad coleslaw (dengan mayonis) mengandungi kalori yang tinggi, iaitu hampir 450 kalori......



Pasta-Salad-2-of-4 
4. Salad Pasta
ramai tak kat sini peminat pasta?...pasta mudah didapati dalam pelbagai bentuk dan pelbagai cara masakan termasuklah dibuat salad...namun begitu, mengapa anda perlu mengurangkan atau menghindari makanan ini adalah kerana kandungan karbohidratnya yang tinggi...jika anda sedang menjalani diet karbo, elakkan makanan ini ya....



 maxresdefault (2) 
5. Salad Russian
satu perkataan yang boleh digambarkan bila melihat salad ini…’Creamy!’ ..seperti salad coleslaw, salad ini dilimpahi dengan sos krimnya yang pasti menyelerakan...tetapi ambil peringatan ya...1 porsi salad Russian mengandungi 579 kalori, berbanding jika anda memakan sayurnya sahaja, nilai kalorinya sekitar 118 kalori...jadi, cuba bayangkan berapa kalori yang terkandung dalam krimnya sahaja.....


~~Memang agak janggal jika makan salad mentah tanpa apa-apa dressing, mayonis mahupun krimnya yang menjadi penyedap kepada salad-salad tersebut. Namun, sekali-sekala tidak salah kiranya anda belajar makan salad begitu sahaja seperti makan ulam-ulaman. Lama-lama nanti anda pasti sudah terbiasa dan jadikannya sebagai rutin diet. Nak sihat bukannya susah. Pokok pangkalnya kemahuan diri sendiri sama ada boleh bersabar lakukannya atau kekal dengan makanan yang sedap-sedap tetapi kelaknya nanti memudaratkan kesihatan~~