Selasa, 24 Mei 2016

Berapa Kg Perlu Turunkan Berat Badan Dalam Seminggu?

Fat-Thin-Women 
 

Kebanyakan orang, khususnya wanita, lebih dominan memikirkan tentang berat badan ideal mereka. Masalah ini sering menjadi alasan mereka untuk melakukan diet ketat untuk menurunkan berat badan sebanyak yang mungkin dalam waktu yang singkat.
Namun begitu, berapa ramaikah di kalangan kita yang tahu berapa banyak berat badan yang boleh dikurangkan dalam masa seminggu, sebulan atau setahun dan ia dianggap selamat? Mengikut livestrong.com, penurunan berat badan yang selamat dan efektif adalah tergantung kepada berat badan anda. Buatlah kombinasi yang seimbang antara diet pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal yang boleh membantu membakar kalori dan jangan biarkan tubuh menjadi tempat berkumpulnya lemak-lemak yang tidak diingini.


Sudahkah-Anda-Punya-Timbangan-Berat-Badan-Ini

Berdasarkan kajian, penurunan berat badan yang sihat adalah sekitar 0.5 hingga 1 kilogram (kg) per minggu. Jadi anda hanya boleh menurunkan berat badan sekitar 2-4 kg per bulan. Lebih dari itu dianggap tidak sihat. Turun berat badan lebih dari 1 kg per minggu tidak semestinya membantu menghilangkan lemak, tetapi yang pastinya anda akan kehilangan massa otot tubuh serta air di dalam tubuh.
Penurunan berat badan lebih dari angka tersebut juga bermakna tenaga akan berkurangan dan membuatkan tubuh badan lemah dan tidak bermaya. Perlu diingatkan bahawa penurunan berat badan setiap orang boleh jadi berbeza-beza kerana ia bergantung kepada umur dan jantina.

shutterstock75223777

Oleh itu, untuk memulakan diet yang sihat, gantikan pengambilan makanan anda dengan makanan rendah kalori, kaya serat (fiber), dan bernutrisi tinggi seperti menggantikan makanan manis, makanan yang diproses di dalam tin mahupun kerepek kepada mengambil buah-buahan dan snek kekacang. Banyakkan meminum minum air kosong, sayur-sayuran dan sebaik-baiknya kurangkan makanan berminyak dan berlemak.
Justeru, sebaik-sebaiknya pastikan bahawa anda tidak memilih cara diet yang salah dan terlalu ekstrem tentang penurunan berat badan yang menjanjikan hasil yang cepat tetapi memberikan kesan buruk untuk jangka masa panjang. Jadi, sebelum memutuskan untuk menjalani diet, pastikan anda benar-benar sihat, tidak sakit dan tidak sedang menjalani apa-apa rawatan atau pengubatan.   Jika perlu, dapatkan khidmat konsultansi terlebih dahulu dengan doktor atau pakar diet jika anda mempunyai penyakit seperti diabetes, asma, alergi dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan