Selasa, 21 Jun 2016

~~5 Sebab Tubuh Anda Cepat Gemuk~~


~Kegemukan bagi sebagian orang menjadi masalah tersendiri. Dengan tubuh gemuk, pergerakan kita juga terbatas begitu juga saat kita mengenakan pakaian. Tubuh gemuk juga mengganggu penampilan dan seringkali menjadi penyebab utama orang gemuk tidak percayakan pada diri sendiri untuk tampil di depan umum.
~Yang lebih berbahaya, tubuh gemuk berpotensi mengundang pelbagai  penyakit. Tetapi,ramai yang tidak sedar ada beberapa factor kenapa tubuh kita depat gemuk walaupun kita berdiet. Jadi hari ini,saya ingin kongsikan sebab-sebab tubuh kita cepat gemuk 
  1. Kurangnya Waktu Tidur
Badan kita cepat gemuk dengan paling mudah adalah kerana berjaga malam . Ketika kita berjaga malam dengan tidak tidur semalaman , membuat kita ingin mengunyah makanan seperti snek atau makanan ringan setiap waktu bagi mengelakan mengantuk . Padahal mengunyah snek atau makanan tidak membuatkan perut anda kenyang sebaliknya hanya boleh menimbun lemak dalam tubuh dan menyebabkan kegemukan 
  1. Stress
Stress juga merupakan faktor utama kenapa anda cepat gemuk. Kerana dengan stres kita seringkali melepaskan pada makanan kerana berfikiran bahawa dengan makan fikiran kita kembali segar . Justeru itu ketika stress kuantiti makan kita akan meningkat daripada biasanya.
  1. Pegambilan ubat – ubatan
Pengambilan ubat – ubatan yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan badan seseorang menjadi cepat gemuk . Ini kerana, sebahagian besar ubat dapat menyerap nutrisi dan tenaga dari tubuh manusia sehingga mengakibatkan badan merasa lemas dan mengalami rasa haus dan lapar yang tidak tertahan . Jadi berhati – hatilah ketika anda mengambil ubat diet .
  1. Pemakanan Yang Tidak Sihat
secara umum pola makan diet kita selalunya tidak sihat. Makanan sehari kita dipenuhi oleh bahan- bahan proses yang tidak baik untuk kita . Jumlah makanan yang dimakan sehari pun biasanya diluar kawalan. Sayuran dan buah-buahan jarang sekali kita ambil walaupun kita dalam proses diet,tetapi sebaliknya kita lebih tertarik dengan makanan dikedai mamak dan restoran makanan segera seperti KFC ,McDonald dan restoran makanan segera yang lain. Kita juga seringkali keluar makan dilewat malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi kerana budaya sebeginilah yang membuat kita semakin gemuk dari hari-kesehari.
  1. Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga berperan dalam menentukan keturunan mereka akan lahirnya anak yang gemuk atau kurus. Tetapi sekiranya pola pemakanan terjaga dan sihat,mungkin masalah genetic gemuk akan dapat di atasi.

***Anda sudah tahu,anda gemuk dalam ketogeri mana?Jadi elakkan semua sebab-sebab di atas menghalangkan niat anda untuk kurus menawan :). Anda mampu mengubahnya.

Khamis, 16 Jun 2016

~~7 Cara Air Kosong Mampu Membuatkan Anda Kurus Yang Anda Tidak Tahu~~

24.4 
Kenapa Perlu Minum Air?

Seperti yang kita tahu, air adalah bahan yang penting didalam tubuh badan dan sangat diperlukan untuk enzim bagi penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna…
Selain itu, air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan..
Air juga penting untuk semua organ badan berfungsi dan juga untuk proses didalam se-sel badan…

24.2

Air sangat penting kerana berfungsi untuk penghadaman makanan serta pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit….
Ia juga membantu mengekalkan PH yang seimbang didalam badan anda. PH badan yang asidik akan melambatkan pembakaran lemak…

1. Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama
24.1
Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis. Amalkan memesan air kosong ketika makan di luar dan sering membawa botol air ke mana sahaja anda pergi.


2. Bawa Botol Air & Tandakan Waktu Anda Perlu Minum
24.3
Ini merupakan tips bagi siapa yang payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh. Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Pastikan anda mendisiplinkan diri anda untuk meghabiskan air dalam waktu yang ditetapkan.


3. Sebelum Makan Nasi & Lauk Sedap-Sedap, Minum Dulu Air Kosong
9

Cara ini yang paling mudah. Amalkan meminum segelas air 1 jam hingga 30 minit sebelum anda makan. Ini kerana, pengambilan air dapat mengurangkan selera makan. Selain itu, anda dapat mengawal pengambilan makanan dan secara tdak langsung dapat menurunkan berat badan.


4. Biasakan Minum Air Kosong Sebaik Sahaja Bangun Tidur
8
Ini memang penting, selain dapat mengurangkan dapat risiko penyakit lain, minum air kosong sebaik bangun pagi merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan.
Sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan anda. Tidak sangka bukan, perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari.


5. Minum air mengikut kadar berat badan
12
Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Pengambilan aier untuk setiap individu haruslah mengikut kadar berat badan individu itu sendiri. Di setiap 1 liter air untuk setiap 25 kg berat badan individu tersebut. Jika berat badan seseorang menigkat maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.
Tips pengambilan air dengan banyak – mulakan dengan kuantiti kecil dulu.


6. Minum Dengan Gunakan Straw
water_glass_straw

Sedar atau tidak sedar, jika kita sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak. Bila ada straw maka perasan atau tidak, ia membantu kita untuk menghabiskan air masak.


7. Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat
11
Bagi individu yang beragama Islam, amalkan pengambilan air setiap kali selepas solat 5 waktu. Pastikan anda telah menyediakan sebotol air di tepi anda sebelum solat. Cara ini ,akan menjadi kebiasaan bagi anda setelah solat dan individu yang sering malas serta lupa.
Semua tips yang kami kongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.

Selasa, 14 Jun 2016

~~Miliki Tubuh Menawan Dengan Zumba. Ketahui 6 Manfaatnya~~

Dancer at Zumba fitness training in dance studio
Senaman zumba mungkin kedengaran agak asing, tetapi kini semakin ramai ingin mempelajarinya berikutan kepelbagaian muzik serta pergerakan ketika bersenam memberikan keseronokan berganda, apatah lagi jika ia dilakukan dalam kumpulan kecil.

Zumba merupakan satu tarian senaman aerobik lengkap kerana ia menggabungkan aspek kecergasan dan kekuatan. Senaman ini mampu membakar lemak serta meningkatkan tahap metabolisme dan membantu membentuk tubuh wanita menjadi lebih cantik dan menarik.

Menurut jurulatih Zumba Fitness Malaysia yang juga jurulatih di Pusat Kecergasan Easy Fitness, Shah Bariah Hussain, sejarah senaman zumba bermula hampir 20 tahun lalu di Colombia apabila jurulatih kecergasan, Beto Perez, memperkenalkannya di seluruh dunia.

Ia menggabungkan kepelbagaian rentak dalam senaman dan paling sesuai dipelajari bagi mereka yang ingin menguruskan badan, kekal cergas dan mendapatkan bentuk badan menawan kerana menggabungkan teknik tarian perlahan serta pantas.

“Pergerakan biasanya menggunakan muzik latin dengan memasukkan unsur pergerakan senaman seperti bergerak ke hadapan, duduk dan bangun sama ada menggunakan dumb bell atau tidak. Malah ia tidak terhad kepada satu pergerakan saja sebaliknya jurulatih boleh mempelbagaikannya mengikut muzik,” katanya.

“Apa yang penting, langkah tarian ini sangat mudah dipelajari dan ia sememangnya menyeronokkan untuk pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Bagi mereka yang ingin bersenam menggunakan dumb bell, senaman zumba toning membantu untuk membina otot menjadi lebih menarik sekiranya dilakukan secara konsisten. Ia memberi tumpuan kepada otot lengan, kaki, paha dan pinggul.

“Bagi mereka yang ingin melakukannya boleh menggunakan dumb bell atau botol air berisi air 600 mililiter. Kemudian pergerakan dimulakan menggunakan tangan, diikuti kaki, paha dan pinggul. Jika dilakukan secara konsisten, ia mampu membina otot menjadi lebih terbentuk dan menarik,” katanya yang menunjukkan teknik senaman zumba toning kepada pembaca Harian Metro.


6 Kebaikan Senaman Zumba
Zumba, rutin ‘workout’ dikatakan mempunyai banyak kebaikan. Apa seronoknya Zumba selain menjadikan tubuh badan yang menawan, langsing dan ‘fit’ ini? Entri kali ini dedah kebaikan Zumba yang pastinya akan membuatkan anda terus berzumba hari ini!

1. Turun Berat Badan
Tarian Zumba membantu meningkatkan kadar sistem kardiovaskular di mana ia membantu melawan ‘kewujudan’ lemak-lemak yang tidak diingini. Jangan tidak tahu, Zumba mampu membakar kalori sekitar 600 hingga 1000 kalori. Banyak juga, bukan?

2. Tubuh lebih mantap
Jika anda terus ber-zumba setiap hari secara berdisiplin, anda boleh mendapatkan tubuh badan yang lebih mantap dan tegap. Rentak muzik yang menggerakkan tubuh anda membuatkan otot tubuh tegang dan kuat tanpa anda sedari.

3. Kenalan baru
Menghadiri kelas Zumba turut membantu anda berinteraksi dengan lebih ramai rakan baru yang ‘gila-gila’ menari! Bayangkan jika anda menghadiri kelas Zumba dua atau tiga kali seminggu, lebih ramai rakan anda kenali malah Zumba boleh mengawal sikap pemalu anda.

4. Lebih bertenaga dan menyeronokkan
Tidak seperti senaman lain, Zumba lebih menyeronokkan kerana menari mengikut rentak muzik yang rancak, moden dan bertenaga. Jika anda penggemar muzik, anda bukan saja boleh menyanyi dan mendengar tetapi menari seolah-olah anda berada pertandingan menari!
stylish beautiful dancer posing on white background 

5. Bebas tekanan
Zumba merupakan senaman sempurna untuk anda melepaskan tekanan malah ada yang mengatakan ia lebih baik dari terapi. Muzik rancak dan pergerakan bebas mampu melepaskan mood yang meningkatkan hormon endorfin.

6. Sesuai semua usia
Tentunya Zumba sesuai untuk semua peringkat umur kerana menggabungkan kesemua elemen seperti muzik dan pergerakan bertenaga. Malah, kini sudah ada program Zumba khusus untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Zumbatonic yang menjadikan kanak-kanak lebih aktif dan sihat.
Muzik latin adalah muzik yang paling popular dan kerap digunakan oleh kelas-kelas Zumba ekoran langkah dan pergerakan yang sesuai dengan rentak. Sudah bersedia untuk berzumba? Ayuh, mulakannya sekarang!!!



~~Bahaya Duduk Terlalu Lama, Cara Ini Membantu Atasinya~~

workout-at-work-yoga2



~biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa duduk berjam-jam lamanya...semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan...hal ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah, meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi...  

~walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat...menurut satu penelitian di Barat bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika duduk terlalu lama....

~penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti...orang yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga...

2013-SB-KPB1539_KaiserPS_HiRes

~para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari...bagi mereka yang sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat berbanding dengan mereka yang rajin olahraga...

~penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal...jadi buat mereka yang sentiasa sibuk di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan walaupun di pejabat...elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya menggunakan tangga...parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit walaupun hanya berjalan.

Jumaat, 10 Jun 2016

~~5 Makanan Untuk Perhebatkan ‘Workout’ Anda~~

~~pernahkah anda pergi ke gymnasium dan selepas beberapa ‘workout’ atau latihan senaman, anda mula berasa pening dan loya?...berdasarkan pemerhatian saya, hal ini banyak terjadi terutamanya kepada seseorang yang hanya sekali sekala ke gymnasium atau seseorang yang bekerjasama dengan jurulatih peribadi...hal ini terjadi akibat mereka didorong untuk melakukan latihan senaman tersebut, di mana mereka akan memaksa tubuh badan mereka untuk melakukan latihan senaman melebihi tahap yang mereka mampu lakukan sehingga ia mengakibatkan mereka pengsan...selain itu, hal ini juga terjadi berpunca dari ‘hypoglycemia’, di mana tahap gula dalam darah berada di bawah tahap normal...cara yang paling mudah untuk menanganinya dengan meminum jus oren...tetapi bagaimana kita boleh memastikan kita makan makanan yang berkualiti menjelang latihan senaman supaya kita mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan dan juga mendapat manfaat hasil daripada kerja keras di gym?..berikut merupakan 5 makanan yang mampu memperhebatkan latihan senaman anda di gymnasium...
  1. Bijirin~ untuk latihan senaman, karbohidrat adalah paling penting...walaupun ramai yang takut untuk mengambil makanan berkarbohidrat, namun karbohidrat merupakan sumber terpenting untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita...karbohidrat menyediakan ‘glycogen’, sumber utama tenaga semasa aktiviti. ‘Glycogen’ digunakan untuk senaman dalam masa yang singkat dan ia cepat bertindak...tanpa karbohidrat yang mencukupi, anda mungkin akan kehabisan glukosa dan ‘glycogen’ yang akan menyebabkan anda pening, loya, dan pengsan...jadi, kunci utama sebelum memulakan latihan, anda perlu mengambil karbohidrat terlebih dahulu...walaubagaimanapun, anda perlu ingat bahawa terdapat karbohidrat yang baik dan karbohidrat tidak baik...karbohidrat yang sederhana adalah penting sekiranya berlaku ‘hypoglycemia’, namun, sebelum memulakan latihan, anda perlu mengambil karbohidrat yang lebih kompleks untuk membekalkan tenaga kepada anda sepanjang latihan senaman...bijirin penuh bertindak untuk menyediakan tenaga berkekalan dan bertindak dalam mengekalkan berat badan yang lebih baik...kandungan serat yang lebih tinggi akan meningkatkan kekenyangan dan melawan pelbagai penyakit...anda juga perlu mengelakkan ‘refined carbs’ iaitu karbohidrat halus seperti roti putih dan gula-gula boleh meningkatkan risiko penyakit, kencing manis, dan menjadi pembunuh dalam diam...
  1. Salmon~ salmon penuh dengan protein yang berkualiti tinggi...walapun salmon tidak membekalkan tenaga semasa latihan senaman anda, namun ia dapat membantu menyokong serta menambahbaik pertumbuhan otot...salmon juga dilengkapi omega-3 asid lemak, yang mempunyai kesan ke atas metabolisme dan membantu menggalakkan penurunan berat badan...ini adalah disebabkan oleh hormon leptin...leptin mengawal metabolisme anda dan jumlah lemak yang anda bakar...oleh itu, sambil menambah Omega-3 untuk diet, anda boleh meningkatkan metabolisme anda melalui peringkat peningkatan leptin...walaupun sumber utama tenaga semasa latihan senaman adalah karbohidrat, tetapi anda akan memerlukan protein untuk membantu membaiki dan mengembangkan tisu yang telah rosak semasa senaman...jadi ia membantu untuk mengambil protein sebelum dan selepas latihan senaman untuk memastikan penggunaan yang mencukupi dari masa ke masa...walaubagaimanapun, pengambilan protein selepas senaman adalah tidak baik kerana badan anda hanya boleh menyerap begitu banyak protein sekali gus...
  1. Pisang~ sebelum memulakan latihan senaman, seseorang digalakkan untuk memakan pisang...menurut kajian yang dijalankan oleh Appalachian State University, ia membandingkan kesan-kesan memakan pisang berbanding minuman sebelum memulakan senaman semasa pertandingan berbasikal 75 kilometer...pengambilan pisang terbukti dapat mengurangkan keradangan, tekanan oksidatif, dan meningkatkan fungsi imun selepas bersenam...jika anda sedang menginginkan satu latihan pra-senaman yang sihat, murah, serta lazat, pisang adalah cara untuk terbaik untuk memberi anda banyak tenaga di samping membekalkan serat, kalium, dan vitamin...sebagai contoh, anda boleh mencampurkan pisang ke dalam minuman smoothie anda, ia pasti sungguh lazat!..selain itu, anda boleh campurkan jus oren bersama pisang smoothie, yang mana mengambil masa hanya beberapa saat untuk menyediakannya...
  1. Teh Hijau~ teh hijau merupakan pembakar lemak dan pembekal tenaga, disebabkan itu ia dianggap sebagai salah satu minuman sihat yang anda boleh minum...ianya terbukti bahawa kafein dapat meningkatkan kadar metabolisme dan prestasi senaman...sebagai contoh, salah satu daripada kajian yang dilakukan mengenai perkara ini, ‘The Journal of Strength and Conditioning Research’ mendapati bahawa kafein adalah berkesan untuk meningkatkan prestasi seseorang atlet...teh hijau terbukti dapat meningkatkan kadar metabolisme dan pengoksidaan lemak, yang mana tidak terdapat di dalam kafein biasa...teh hijau juga merupakan agen anti-radang yang kuat, serta menjadi pelindung kepada sakit sendi...jangan takut untuk mencuba teh hijau kerana menganggap ia tidak sedap...ini kerana teh hijau tidak semestinya dihidangkan secara panas, tetapi anda boleh campurkan beberapa ketul ais bersama teh hijau untuk jadikan ia lebih lazat...
  1. Oat~ seperti yang dinyatakan sebelum ini, karbohidrat sebelum latihan senaman adalah satu keperluan...tetapi sekali lagi, anda perlu mendapatkan karbohidrat berkualiti tinggi...oat merupakan suatu idea sarapan yang boleh menjimatkan masa anda. Oatmeal dicerna perlahan-lahan dan memberikan tenaga yang berterusan sepanjang tempoh yang lebih lama daripada karbohidrat ditapis...satu kajian yang disiarkan dalam ‘Journal of the International Society of Sports Nutrition’ menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan oat dapat menaikkan tahap tenaga di dalam badan dalam bentuk ‘glycogen’...pemilihan oat adalah penting untuk memastikan ia mengandungi lebih nutrien selain mampu mengekalkan tenaga untuk lebih lama...


Khamis, 9 Jun 2016

~~Tips Kurus Di Bulan Puasa~~

image 

PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman...secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani...tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan...tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan...justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf...jadi pada perkongsian kali ini,adalah mengenai tips kurus pada bulan puasa yang boleh anda amalkan dalam keadaan selesa...

1~ waktu pagi juga cukup tempoh yang baik untuk pembakaran lemak kerana ketika itu, tubuh banyak mengeluarkan kortisol iaitu hormon yang banyak dikeluarkan pada waktu pagi untuk tujuan berkenaan...sebaiknya, elakkan senaman pagi yang boleh membuatkan tubuh letih seharian...tumpukan pada senaman mudah seperti chi qong, regangan atau sedikit latihan kekuatan...

2~selepas jam 6 petang, boleh lakukan senaman aerobik yang memenatkan seperti berjoging dan berbasikal serta latihan kekuatan yang seharusnya lebih daripada 20 minit...senaman yang keras lebih bertujuan untuk membakar lemak, tetapi aktiviti regangan tidak menjadi jika mahu menurunkan berat badan kerana ia tidak mampu membakar lemak,” katanya...saranannya, senaman dilakukan pada waktu petang itu perlu ditamatkan kira-kira 15 hingga 20 minit sebelum azan Maghrib supaya tubuh dapat merehatkan diri untuk menikmati hidangan berbuka puasa...

3~pemilihan pakaian ketika bersenam juga perlu diberi perhatian...pakaian daripada kain kapas paling sesuai dan elakkan daripada berpakaian tebal,..pakaian daripada fabrik poliester dan nilon kurang sesuai kerana fabrik berkenaan menebat haba keluar dari tubuh justeru ia boleh menyebabkan perpeluhan yang lebih banyak...ini mungkin menyebabkan mereka yang berpuasa berasa terlalu letih...

4~tidak hanya senaman, menurutnya, pengambilan makanan juga perlu diberi perhatian untuk mengawal berat badan malah tidak menafikan, ada yang mengalami penurunan berat badan ketika berpuasa bukan disebabkan pengurangan lemak, tetapi lebih cenderung kepada pengurangan air dalam badan...pengambilan makanan berlebihan yang tidak seimbang dengan jumlah pembakaran kalori juga tentu tidak mendatangkan hasil yang diharapkan untuk menurunkan berat badan...

5~jika teringin merasa manis makanan atau minuman, dia lebih menggalakkan pengambilan buah-buahan atau madu...seeloknya, usah ambil makanan berat selepas solat Tarawih terutama karbohidrat...pengambilan karbohidrat sebelum tidur tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengeluarkan serotonin yang menyekat rembesan hormon pertumbuhan manusia...hormon ini pula bertindak mengawal sistem pertahanan badan..

langkah-langkah berikut perlu diambil jika sekiranya anda ingin bersenam pada bulan puasa:~~
  • Kenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.
  • Dapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.
  • Memikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.
  • Mulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 – 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.
  • Lakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangkamasa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam.
  • Anda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi kencing manis.
  • Persediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.
Selamat mencuba.Jadikan bulan puasa 1 permulaan untuk anda kelihatan kurus menawan