~~5 Sebab Tubuh Anda Cepat Gemuk~~
~Kegemukan bagi sebagian orang menjadi masalah tersendiri.
Dengan tubuh gemuk, pergerakan kita juga terbatas begitu juga saat kita
mengenakan pakaian. Tubuh gemuk juga mengganggu penampilan dan
seringkali menjadi penyebab utama orang gemuk tidak percayakan pada diri
sendiri untuk tampil di depan umum.
~Yang lebih berbahaya, tubuh gemuk berpotensi mengundang
pelbagai penyakit. Tetapi,ramai yang tidak sedar ada beberapa factor
kenapa tubuh kita depat gemuk walaupun kita berdiet. Jadi hari ini,saya
ingin kongsikan sebab-sebab tubuh kita cepat gemuk
- Kurangnya Waktu Tidur
Badan kita cepat gemuk dengan paling mudah adalah kerana berjaga
malam . Ketika kita berjaga malam dengan tidak tidur semalaman , membuat
kita ingin mengunyah makanan seperti snek atau makanan ringan setiap
waktu bagi mengelakan mengantuk . Padahal mengunyah snek atau makanan
tidak membuatkan perut anda kenyang sebaliknya hanya boleh menimbun
lemak dalam tubuh dan menyebabkan kegemukan
- Stress
Stress juga merupakan faktor utama kenapa anda cepat gemuk.
Kerana dengan stres kita seringkali melepaskan pada makanan kerana
berfikiran bahawa dengan makan fikiran kita kembali segar . Justeru itu
ketika stress kuantiti makan kita akan meningkat daripada biasanya.
- Pegambilan ubat – ubatan
Pengambilan ubat – ubatan yang tidak terkawal juga boleh
menyebabkan badan seseorang menjadi cepat gemuk . Ini kerana, sebahagian
besar ubat dapat menyerap nutrisi dan tenaga dari tubuh manusia
sehingga mengakibatkan badan merasa lemas dan mengalami rasa haus dan
lapar yang tidak tertahan . Jadi berhati – hatilah ketika anda mengambil
ubat diet .
- Pemakanan Yang Tidak Sihat
secara umum pola makan diet kita selalunya tidak sihat. Makanan
sehari kita dipenuhi oleh bahan- bahan proses yang tidak baik untuk kita
. Jumlah makanan yang dimakan sehari pun biasanya diluar kawalan.
Sayuran dan buah-buahan jarang sekali kita ambil walaupun kita dalam
proses diet,tetapi sebaliknya kita lebih tertarik dengan makanan dikedai
mamak dan restoran makanan segera seperti KFC ,McDonald dan restoran
makanan segera yang lain. Kita juga seringkali keluar makan dilewat
malam beserta minuman-minuman manis bergelas-gelas. Jadi kerana budaya
sebeginilah yang membuat kita semakin gemuk dari hari-kesehari.
- Genetik
Memang tidak dinafikan genetik juga berperan dalam menentukan
keturunan mereka akan lahirnya anak yang gemuk atau kurus. Tetapi
sekiranya pola pemakanan terjaga dan sihat,mungkin masalah genetic gemuk
akan dapat di atasi.
***Anda sudah tahu,anda gemuk dalam ketogeri mana?Jadi elakkan
semua sebab-sebab di atas menghalangkan niat anda untuk kurus menawan
:). Anda mampu mengubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan