~~Bahaya Duduk Terlalu Lama, Cara Ini Membantu Atasinya~~
~biasanya tuntutan kerja di meja kerja membuatkan seseorang terpaksa
duduk berjam-jam lamanya...semua orang tentunya sudah sedia maklum bahawa
kebiasaan duduk terlalu lama sebenarnya tidak baik untuk kesihatan...hal
ini kerana ia bukan sahaja mengundang kepada masalah kegemukan, duduk
tanpa melakukan banyak aktiviti juga akan meningkatkan tekanan darah,
meningkatkan potensi penyakit jantung, diabetes, buasir dan banyak lagi...
~walau bagaimanapun, itu tidak bermakna anda tidak boleh menghindari
dan mengatasinya bagi memastikan tubuh badan anda tetap sihat...menurut
satu penelitian di Barat bahawa dengan berolahraga dan membuar beberapa
aktiviti kecergasan secara rutin dapat membantu serta mencegah seseorang
mendapat pelbagai kesan buruk terutamanya ke atas kesihatannya jika
duduk terlalu lama....
~penelitian ini menekankan bahawa aktiviti fizikal menjadi suatu
perkara yang penting yang boleh menjaga fungsi organ tubuh tetap aktif
setelah duduk selama berjam-jam lamanya tanpa melakukan aktiviti...orang
yang menghabiskan waktu untuk tidak bergerak, sama ada kerana tuntutan
kerja, sedang bersantai atau kerana gaya hidupnya, ternyata dapat
menurunkan risiko serangan penyakit dengan cara rutin olahraga...
~para peneliti menganalisis data statistik mengenai kesihatan bagi orang
dewasa telah membuat perbezaan dua kelompok antara mereka yang sering
berolahraga dengan mereka yang duduk sepanjang hari...bagi mereka yang
sering duduk sepanjang waktu dan tidak melakukan kegiatan fizikal aktif
ternyata lebih cenderung mengalami sakit pinggang, hipertensi, penyakit
jantung dan diabetes serta mengalami kenaikan kolesterol jahat
berbanding dengan mereka yang rajin olahraga...
~penelitian ke atas mereka yang lebih gemar duduk juga menunjukkan tahap
kesihatan dan kecergasan yang menurun berbanding mereka yang kekal aktif
dengan pelbagai aktiviti fizikal...jadi buat mereka yang sentiasa sibuk
di meja kerja, biasakan diri untuk membuat regangan dan senaman ringan
walaupun di pejabat...elakkan penggunaan lif dan sebaik-baiknya
menggunakan tangga...parkirlah kenderaan jauh dari bangunan pejabat
kerana dengan cara ini anda dapat bersenam antara 5 hingga 10 minit
walaupun hanya berjalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan