~~disini saya paparkan resepi air detox yang terakhir....di masa akan datang,, saya akan paparkan lagi....
1. Lemon + daun pudina
~air detox yang paling cepat dan mudah
penyediaannya ialah dengan mengambil setengah biji lemon, lalu
diperahkan ke dalam segelas air masak...rendam seketika dengan beberapa
helai daun pudina...minum dan amalkan setiap pagi sebaik sahaja bangun
dari tidur. Amalan meminum air ini dapat memecahkan lemak di samping
membantu sistem tubuh menyahtoksin yang terkumpul dalam badan...ini akan
menjadikan anda lebih sihat dan cergas...jadi, bagi anda yang berhasrat
ingin segera kurus, air detox ini sangat membantu~
2. Epal + kulit kayu manis + rhubarb
~hiris sebiji epal dan sebatang rhubarb,
lalu masukkan bersama sebatang kulit kayu manis ke dalam segelas air
yang berisi 3 ketul ais...buah epal membantu dalam mengekalkan kesihatan
tulang dan otot, manakala kayu manis pula merupakan salah satu herba
yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme...rhubarb pula merupakan sayuran merah
yang mengandungi vitamin K yang membantu dalam pembekuan darah...ia
juga mengandungi beberapa antioksidan yang membantu meningkatkan
kesihatan kulit, mata, jantung dan sistem imun pada tubuh badan
serta membantu metabolisma lemak...ia digunakan untuk merawat buasir,
darah beku, sembelit dan kolesterol tinggi...namun begitu, tumbuhan
rhubarb ini tidak sesuai untuk mereka yang menghidap gout, batu karang,
wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan sewaktu haid~
3. Timun + raspberi + anggur
~apa yang anda perlu sediakan ialah 1/2
batang timun dihiris nipis, 5 biji raspberi dan 10 biji anggur hitam
dibelah dua...masukkan kesemuanya di dalam segelas air dan biarkan sejuk
selama 1 jam di dalam peti...air ini bertambah sedap sekiranya
bahan-bahan ini dibiarkan lebih lama terendam...timun membantu mengembalikan kesegaran
akibat penghidratan dan juga baik untuk sistem pencernaan
selain membantu membersih dan menyingkirkan toksin dalam badan...raspberi
pula bertindak sebagai agen anti-radang, manakala khasiat yang
terkandung dalam anggur bertindak sebagai anti-kanser...gabungan
ketiga-tiga bahan ini sangat membantu anda yang mementingkan kesihatan
dan kesejahteraan hidup...air detox ini sangat sesuai bagi perokok tegar
yang berazam untuk berhenti dari merokok~
4. Beri
~inginkan kelainan rasa selain strawberi?..jom cuba resepi istimewa ini dengan masukkan secawan beri sama ada
gabungan acai beri, bluberi, mulberi, raspberi dan kranberi atau boleh
juga dicampurkan kesemua buah-buahan ini ke dalam mesin pengisar dan
isikannya dengan sedikit air separas buah...untuk kesegaran, tambahkan
beberapa kiub ais...biarkan seketika dan sedia untuk diminum...keluarga beri dikatakan mengandungi
antosianin dan paras antioksidan yang tinggi selain kaya dengan sumber
fiber yang berfungsi menambah baik sistem penghadaman...manakala Vitamin C
yang terkandung di dalamnya pula membantu meningkatkan tenaga dan
sistem imunisasi, sebagai anti-radikal bebas, membantu menyihat dan
mencerahkan mata, merawat serangan asma serta mengurangkan kolesterol
dan memecahkan lemak...malah berita baiknya terutamanya bagi kaum
wanita, khasiat keluarga beri ini membantu membuatkan kulit anda lebih
awet muda, sihat dan berseri...jadi, tidak hairanlah semua produk
kesihatan, kecantikan dan pelangsingan banyak menggunakan beri sebagai
ramuan khusus~
5. Campuran buah-buahan (cocktail)
~di sini anda mempunyai kebebasan dalam
penyediaan minuman detox yang mana anda punya banyak pilihan untuk
menggabungkan buah-buahan yang disukai atau boleh juga dengan menambah
semua buah-buahan untuk nikmati rasa yang pelbagai...tetapi harus
diingat, tiada penggunaan buah pisang sebagai minuman detox anda kerana
kandungan gula dan karbohidratnya yang agak tinggi~