Khamis, 21 April 2016

~RESEPI AIR DETOX YG TERAKHIR~


~~disini saya paparkan resepi air detox yang terakhir....di masa akan datang,, saya akan paparkan lagi....


 

1. Lemon + daun pudina

~air detox yang paling cepat dan mudah penyediaannya ialah dengan mengambil setengah biji lemon, lalu diperahkan ke dalam segelas air masak...rendam seketika dengan beberapa helai daun pudina...minum dan amalkan setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Amalan meminum air ini dapat memecahkan lemak di samping membantu sistem tubuh menyahtoksin yang terkumpul dalam badan...ini akan menjadikan anda lebih sihat dan cergas...jadi, bagi anda yang berhasrat ingin segera kurus, air detox ini sangat membantu~



 

2. Epal + kulit kayu manis + rhubarb 

~hiris sebiji epal dan sebatang rhubarb, lalu masukkan bersama sebatang kulit kayu manis ke dalam segelas air yang berisi 3 ketul ais...buah epal membantu dalam mengekalkan kesihatan tulang dan otot, manakala kayu manis pula merupakan salah satu herba yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme...rhubarb pula merupakan sayuran merah yang mengandungi vitamin K yang membantu dalam pembekuan darah...ia juga mengandungi beberapa antioksidan yang membantu meningkatkan kesihatan kulit, mata, jantung dan sistem imun pada tubuh badan serta membantu metabolisma lemak...ia digunakan untuk merawat buasir, darah beku, sembelit dan kolesterol tinggi...namun begitu, tumbuhan rhubarb ini tidak sesuai untuk mereka yang menghidap gout, batu karang, wanita hamil, ibu yang menyusukan anak dan sewaktu haid~



 

3. Timun + raspberi + anggur

~apa yang anda perlu sediakan ialah 1/2 batang timun dihiris nipis, 5 biji raspberi dan 10 biji anggur hitam dibelah dua...masukkan kesemuanya di dalam segelas air dan biarkan sejuk selama 1 jam di dalam peti...air ini bertambah sedap sekiranya bahan-bahan ini dibiarkan lebih lama terendam...timun membantu mengembalikan kesegaran akibat penghidratan dan juga baik untuk sistem pencernaan selain membantu membersih dan menyingkirkan toksin dalam badan...raspberi pula bertindak sebagai agen anti-radang, manakala khasiat yang terkandung dalam anggur bertindak sebagai anti-kanser...gabungan ketiga-tiga bahan ini sangat membantu anda yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan hidup...air detox ini sangat sesuai bagi perokok tegar yang berazam untuk berhenti dari merokok~



 

4. Beri

~inginkan kelainan rasa selain strawberi?..jom cuba resepi istimewa ini dengan masukkan secawan beri sama ada gabungan acai beri, bluberi, mulberi, raspberi dan kranberi atau boleh juga dicampurkan kesemua buah-buahan ini ke dalam mesin pengisar dan isikannya dengan sedikit air separas buah...untuk kesegaran, tambahkan beberapa kiub ais...biarkan seketika dan sedia untuk diminum...keluarga beri dikatakan mengandungi antosianin dan paras antioksidan yang tinggi selain kaya dengan sumber fiber yang berfungsi menambah baik sistem penghadaman...manakala Vitamin C yang terkandung di dalamnya pula membantu meningkatkan tenaga dan sistem imunisasi, sebagai anti-radikal bebas, membantu menyihat dan mencerahkan mata, merawat serangan asma serta mengurangkan kolesterol dan memecahkan lemak...malah berita baiknya terutamanya bagi kaum wanita, khasiat keluarga beri ini membantu membuatkan kulit anda lebih awet muda, sihat dan berseri...jadi, tidak hairanlah semua produk kesihatan, kecantikan dan pelangsingan banyak menggunakan beri sebagai ramuan khusus~



 

5. Campuran buah-buahan (cocktail)

~di sini anda mempunyai kebebasan dalam penyediaan minuman detox yang mana anda punya banyak pilihan untuk menggabungkan buah-buahan yang disukai atau boleh juga dengan menambah semua buah-buahan untuk nikmati rasa yang pelbagai...tetapi harus diingat, tiada penggunaan buah pisang sebagai minuman detox anda kerana kandungan gula dan karbohidratnya yang agak tinggi~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan