1. Lemon + limau nipis + oren + timun + halia + daun pudina
~bagi yang sering kembung perut, boleh cuba amalkan minuman detox ini
dengan mencampurkan 1/2 biji lemon, 1/2 biji limu nipis, 1/2 biji oren,
1/2 batang timun dan 1/2 inci halia...hiriskan kesemua bahan dan
rendamkan ke dalam 1 jag berisi air bersama-sama dengan segenggam daun
pudina...simpan dan sejukkan air ini ke dalam peti sejuk selama 2 jam...kelebihan air detox ini ia dapat mencuci buah pinggang anda...namun,
sekiranya air detox ini tidak diminum dan dihabiskan dalam masa 24 jam,
buangkan ia dan buat air menggunakan bahan-bahan yang baru~
2. Strawberi + nanas + cuka epal + daun basil
~corak gaya hidup masa kini yang kian mencabar sering membuatkan kita rasa stress
dan tanpa sedar apa sahaja makanan atau minuman yang manis akan menjadi
‘santapan’ untuk kita tenangkan diri...tetapi, tahukah anda bahawa
pengambilan gula yang berlebihan terutamanya dalam minuman bikarbonat
akan menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan terutamanya penyakit
jantung, kegemukan dan diabetes...oleh itu, cara yang paling selamat dan berkesan untuk mengurangkan stress
adalah dengan menggantikan segala manisan dengan minuman air detox yang
berkhasiat iaitu campurkan 5 biji buah strawberi, 1/2 cawan nanas
dipotong kecil, 2 sudu besar cuka epal, 5 helai daun basil dan beberapa
kiub ais ke dalam jag yang berisi air...gaulkan kesemua bahan ini
sehingga sebati dan nikmatilah air minuman segar ini dengan rasa yang
sedikit masam dan manisnya~
3. Nanas + daun pudina
~nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi
dan artritis...daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan
mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan...cara untuk membuat
air ini ialah ambil 1/2 biji nanas dan potong kecil-kecil mengikut
citarasa anda...masukkan potongan buah ini ke dalam jag yang berisi 1
liter air dan tambahkan dengan segenggam daun pudina...tutup dan
simpankan ia ke dalam peti ais...biarkan semalaman agar campuran ini
sebati sepenuhnya~
4. Strawberi + limau nipis + timun + daun pudina
~penyediaannya mudah malah ia juga rendah
kalori...hanya belahkan 7 biji strawberi, kemudian hiriskan sebiji
limau nipis dan 1/2 batang timun...masukkan kesemuanya ke dalam jag yang
berisi air...letakkan beberapa kiub ais dan 5 helai daun pudina...strawberi terkenal dengan khasiat
buahnya yang kaya dengan antioksidan, timun pula bersifat deuretik yang
membantu dalam penyahidratan, manakala limau nipis adalah sangat baik
yang bertindak sebagai agen anti-penuaan serta memulihkan
kembali rambut, kulit dan kuku~
5. Tembikai
~buah tembikai biasanya dimakan sebagai pencuci mulut...khasiatnya kaya
dengan air, serat, mineral dan vitaminnya...jika ada lebihan buah ini,
jangan biarkan ia tersimpan di dalam peti begitu sahaja...potong buah
tembikai ini kecil-kecil, masukkan air masak ke dalam jag pengisar
separas buah dan kisar halus...sejukkan seketika dan sedia untuk diminum...tetapi harus diingat, jus tembikai tidak mampu bertahan lama, jadi
buangkan ia jika tidak diminum dalam masa 24 jam dan buat sahaja yang
baru~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan