Ahad, 24 Julai 2016

~Jauhi 7 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Perut Buncit~


cara-mengecilkan-perut 
~Memiliki perut buncit memang sesuatu yang menggerunkan bukan sahaja lelaki, malahan juga buat kaum wanita. Tiada siapa yang menginginkan perut sedemikian rupa, apatah lagi seakan menjadi trauma jika dilabel ‘mengandung gajah’. Jika anda memiliki perut yang buncit, itu tandanya anda memiliki tahap kesihatan yang tidak baik.
~Bagi kebanyakan orang, semakin kita meningkat umur semakin besar dan buncit perut kita. Selalunya kita menyangka kerana kita banyak makan. Perut buncit memang tidak selesa dan menjejaskan penampilan seseorang. Ia membuatkan seseorang berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan. Persoalannya, kenapa perut menjadi buncit? Sebenarnya, ada beberapa faktor atau tabiat yang tanpa sedar kita telah melakukannya sehari-hari sehingga akhirnya mengundang kepada pelbagai masalah lain teurtamanya masalah berperut buncit. Apa tabiat tersebut? Jom kita semak sama-sama.


airberkabonat
1. Sering minum air bikarbonat
~~Ramai orang yang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat. Ia sebenarnya salah kerana kita masih mengambil 10 sudu gula dalam minuman berkenaan, cuma hanya menambah air kosong, tidak akan memberi kesan kepada kandungan gula yang diambil. Kita juga akan terdedah kepada diabetes akibat kandungan gula yang tinggi.
~~Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori,30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan mengakibatkan risiko diabetes.
~~Satu tin air berkarbonat, mengandungi kira-kira 10 sudu gula, hampir dua kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian yang dilaksanakan. Islam menegah kita daripada berlebih-lebihan dalam sebarang perbuatan, termasuk makan dan minum.
~~Dalam hadis Rasulullah s.a.w, Baginda bersabda yang bermaksud: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.” Dalam perkara ini, mengambil terlalu banyak minuman berkarbonat itu sendiri lebih banyak mengundang padah kepada kita.


StressEating

2. Makan ketika emosi tidak stabil
~~Anda mungkin sudah biasa dengan istilah emotional eating, suatu keadaan di mana hasrat untuk makan dikawal oleh emosi yang tidak stabil. Jarang rasanya seseorang itu melampiaskan kemarahan atau emosinya melalui makanan. Bahkan, ketika tidak merasa lapar pun, hasrat untuk makan seringkali muncul saat emosi sedang tidak stabil, termasuklah jika anda baru sahaja berselar seorang ibu. Berdasarkan laporan dari Government Equalities Office, tekanan yang diterima oleh para ibu yang baru melahirkan anak turut mampu memengaruhi pola pemakanan mereka.
~~Kebanyakan orang merasakan bahawa untuk melupakan stres salah satu caranya adalah dengan makan secara berlebihan. Tanpa disedari, tabiat atau kebiasaan makan seperti ini akan menjadikan seseorang itu untuk makan mengikut emosinya. Mereka merasakan bahawa makanan adalah satu-satunya jalan keluar untuk melupakan marah, sedih atau tertekan.



well_food-facebookJumbo
3. Kekurangan protein
~~Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh kita. Kesemua sel terbentuk hasil dari nutrien protein yang diambil. Kekurangan protein akan menyebabkan sistem badan dan sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Apa kaitannya perut buncit dengan kekurangan protein? Salah satu sebab perut menjadi buncit akibat pengumpulan bendalir tisu.
~~Protein juga dapat membantu tubuh mengawal hormon yang boleh meningkatkan nafsu makan. Anda boleh mendapatkan sumber protein dari daging, kerang, daging ayam (tanpa kulit), ikan salmon, dan telur. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah sumber protein yang mencukupi. Jika pengambilan yang berlebihan juga tidak elok. Jadi berpada-padalah. Lebih baik jika sumber protein itu diambil dari bahan organik yang bukan sahaja selamat, malah membantu kehidupan anda yang lebih sihat.


_79461437_m2450118-eating_disorder_young_woman_craving_food_at_night-spl-1 
4. Makan larut malam
~~Makan larut malam menjadi salah satu penyebab perut buncit. Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana ketika kita tidur dengan perut kenyang maka akan berlakunya acid reflux atau gangguan pencernaan kerana posisi tidur tidak dapat bekerja dengan lancar atau membuatkan makanan tersebut dicerna dengan baik.
~~Jadi, caranya adalah dengan mengelakkan dari mengambil makanan dalam porsi atau kuantiti yang terlalu besar ketika malam. Jangan tidur setelah makan, sebaiknya tunggu antara 1 hingga 3 jam setelah makan.Sekiranya anda berasa lapar ketika lewat malam, sebaik-baiknya cukup dengan menikmati buah-buahan segar daripada mengambil makanan junk food atau makanan yang diproses (cepat saji).

7 Bahaya Akibat Kurang Tidur Bagi kesehatan Tubuh
5. Kurang tidur
~~Kurang tidur dapat menyebabkan kadar kortisol (hormon stres) meningkat dan membuat nafsu mengunyah makan makanan manis ikut bertambah. Sebaik-baiknya dapatkan tidur yang mencukupi antara 6 hingga 7 jam semalaman.
~~Namun begitu ia bergantung kepada keperluan tidur setiap orang kerana setiap orang memiliki waktu tidur yang berbeza. Kekurangan rehat dan tidur akan mengganggu hormon dan keseluruhan sistem tubuh anda. Jadi, anda perlu peka berapakah lama waktu yang diperlukan untuk mendapatkan tidur yang benar-benar berkualiti. Hal ini penting kerana dengan tidur yang mencukupi, tubuh anda akan lebih sihat dan segar untuk melakukan pelbagai aktiviti.

merokok 
6. Merokok
~~Amalan yang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.

guyoncouch 
7. Kurang bersenam
~~Punca lain terjadinya perut buncit adalah kerana tidak aktif secara fizikal sama ada kurang bersenam atau mengamalkan cara hidup yang terlalu banyak berehat. Otot yang tidak aktif akan kehilangan tona nya dan menyebabkan ia menjadi lembik dan lemah. Otot yang lemah tidak akan membakar kalori dengan baik dan menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan terutama dalam abdomen. Dengan bersenam selalu, tona otot akan meningkat dan akan membakar kalori yang berlebihan. Disamping itu , senaman juga meningkatkan metabolisma dengan peningkatan paras hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Hormon-hormon ini akan mencegah pengumpulan dalam abdomen yang menyebabkan perut buncit.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan