Jumaat, 26 Februari 2016

~ANIME~

~Anime (baca: a-ni-ma, bukan anime) adalah animasi khas Jepun, yang biasanya dicirikan melalui gambar-gambar berwarna-warni yang memaparkan tokoh-tokoh dalam berbagai macam lokasi dan cerita, yang ditujukan pada pelbagai jenis penonton..anime dipengaruhi gaya gambar manga, komik khas Jepun..kata anime tampil dalam bentuk tulisan dalam tiga karakter katakana a, ni, me yang merupakan bahasa serapan dari bahasa Inggeris "Animation" dan diucapkan sebagai "Anime-shon"....

 ~Anime pertama yang mencapai populariti yang luas Astro Boy karya Ozamu Tezuka pada tahun 1963...sekarang anime sudah sangat berkembang jika dibandingkan dengan anime zaman dulu..dengan grafik yang sudah berkembang hingga alur cerita yang lebih menarik...masyarakat Jepun sangat bersemangat menonton anime dan membaca manga...

 ~Dari anak-anak sampai orang dewasa...mereka menganggap, anime itu sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka...hal ini yang membuat beberapa televisyen kabel yang terkenal akan beberapa filem kartunnya, seperti Cartoon Network dan Nickelodeon mengeksport kartunnya...sekarang anime menjadi sebuah perniagaan yang menggiurkan bagi semua orang, dan banyak juga orang yang memanfaatkan hal ini untuk sebuah tindakan kejahatan...

~Pembuat anime itu sendiri disebut animator...para animator bekerja disebuah syarikat media untuk menghasilkan sebuah anime...di dalam syarikat itu, terdapat beberapa animator yang saling bekerja sama untuk menghasilkan sebuah anime yang berkualiti...



~Tetapi sangat disayangkan, gaji dari para animator tersebut kecil jika dibandingkan dengan kerja keras mereka...hal ini yang membuat para animator enggan untuk bekerja secara professional...mereka merasa hal itu tidak setanding dengan usaha yang telah mereka lakukan...para animator itu sendiri sering disebut "seniman bayangan"...ini kerana mereka bekerja seperti seorang seniman yang berusaha mengedepankan unsur cerita dan unsur intrinsiknya..




    
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan