Selasa, 23 Februari 2016

Cara Hilangkan Perut Buncit

Cara Hilangkan Perut Buncit
  ~perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik bahkan adakalanya ia juga boleh mendorong perasaan rendah diri kepada sesetengah orang....untuk kita elakkan daripada perut kita terus buncit, di sini dikongsikan bersama beberapa panduan untuk mengempiskan @ menghilangkan perut buncit bagi mendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya....

 **Minum air
    ~kalau kita rasa perut kembung dan penuh dengan air..atasinya dengan minum lebih banyak air..sebab ia dapat membantu mencairkan sodium dalam badan dan tingkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan dan juga dapat keluarkan segala toksik yang ada dalam badan kita....

  **Makan dengan tertib
   ~elakkan makan dengan cepata @ terburu2 kerana ia akan menyebabkan kita menelan makanan yang dengan cepat sebelum sempat dikunyah sehingga hancur..ini boleh menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung....jadi, ubahlah cara pemakanan anda..kunyah makanan dengan sempurna...

  **Kurangkan garam
   ~terlalu banyak garam dalam diet @ makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh....cairan ini akan melambatkan mekanisme hingga mendorong air keluar dari sel....akhirnya perut terasa penuh dan buncit...

   **Hindari sembelit
     ~sembelit juga salah satu punca yang menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya..untuk hindari..makanlah makanan yang ada serat seperti buah dan sayur...pilih serat yang sesuai kerana ia merupakan elemen yang penting dalam diet...untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut buncit @ boroi..cuba makan buah yang mempunyai banyak air seperti epal dan pear...

   **Senaman
     ~sepeti yang kita sedia maklum..aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan saluran hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine)...senaman yang disarankan adalah seperti berjogging dan aerobik...

*~*
selamat mencuba dan semoga berjaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan