**Resepi Minuman Leburkan Lemak
- 8 uncang teh hijau, sebaik-baiknya berkafein
- 8 cawan air ditapis
- ½ timun, dihiris nipis (saiz sederhana)
- 1 oren besar dihiris nipis
- 1 lemon, dihiris nipis
- 1 sudu teh halia segar (diparut)
- 4 helai daun pudina segar
gambar hiasan |
Arahan:
- Panaskan air yang ditapis sehingga mendidih
- Ambil air yang telah didih rendamkan teh selama 5 minit
- Sementara tea direndamkan, masukkan hirisan timun, oren dan lemon ke dalam periuk besar. Masukkan halia yang telah diparut.
- Apabila tea siap direndam, masukkan ke dalam periuk tadi yang mengandungi timun, oren,lemon dan halia itu tadi.
- Masukkan daun pudina ke dalam periuk dan sejukkan di dalam peti selama 1 jam. Minuman campuran itu akan kekal segar selama 2 hari.
~minuman campuran ini hampir sama dengan smoothies tetapi ia bebas dari kandungan gula...dengan khasiat yang terkandung di dalam teh hijau, haba dari air panas yang menggelegak menarik semua nutrient daripada buah-buahan segar...kemudian apabila disejukkan di dalam peti sejuk ia membantu memberhentikan proses memasak, jadi khasiat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan tidak terpisah...amalkan campuran minuman ini sepanjang hari dan sediakan minuman ini seminggu 2 kali...sebenarnya ia agak sukar untuk masukkan minuman ini dalam menu diet tetapi tidak salah jika kita amalkan kerana ia juga untuk kesihatan kita dan disamping itu kita dapat kawal nafsu makan...
~oleh itu, jom kita nikmati menu minuman ini bersama-sama supaya kita dapat manfaat dari khasiat campurannya...penambahan air (atau teh) juga membantu mengurangkan natrium dalam diet anda, yang seterusnya akan membantu mengurangkan masalah kembung dan membuang toksin di dalam badan..~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan