1. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis
Masukkan hirisan sebiji buah epal
merah dan sebiji epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag
yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam. Anda boleh
menggunakan bahan ini berulang kali sehingga 4 kali. Campuran
bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras
kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme.
2. Strawberi + tembikai + daun pudina
Warnanya yang merah terang sudah tentu
mampu memikat dan menaikkan hasrat anda untuk mencuba air detox hasil
gabungan kedua-dua buah ini. Campurkan secawan strawberi bersama 5
hirisan tembikai yang
dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1 jag air. Untuk aroma yang
lebih memikat, masukkan beberapa helai daun pudina. Sejukkan air minuman
ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada
bila-bila masa. Khasiat air detox ini berfungsi sebagai anti-radang dan
mencantikkan kulit.
3. Cuka epal + lemon + kulit kayu manis + epal
Cuka epal memang banyak khasiatnya.
Tambahkan 2 sudu besar cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan
dengan 1 sudu jus lemon dan 1 serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus.
Masukkan ke dalam setengah jag air dan jangan lupa letakkan sebiji epal
yang telah dihiris nipis. Gaul dan biarkan seketika supaya air sebati
dengan bahan-bahan tersebut. Buah epal kaya dengan serat yang membantu
memudahkan perkumuhan sementara kayu manis pula membantu mengawal selera
makan.
4. Halia + lemon
Halia merupakan penawar bagi banyak
penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan pencernaan.
Masukkan jus perahan 1/2 biji lemon dan hirisan 1/2 inci halia ke dalam
air. Cuba amalkan air detox ini pada setiap pagi dan ia mampu merawat
segala kesakitan dalam badan. Campuran halia dan lemon berhasil sebagai
agen penyahtoksin dalam badan dan begitu berkesan sebagai ubat semula
jadi dalam merawat selesema.
5. Aloe vera + lemon
Aloe vera membantu memudahkan
penghadaman dalam perut, selain menghilangkan rasa letih dan
meningkatkan tenaga. Kaedah penyediaannya adalah dengan mengambil
sebatang aloe vera dan ambil isi berserta lendirnya, lalu dikisar halus
dengan campuran perahan jus lemon sedikit air. Anda boleh juga
menggunakan pati atau ekstrak aloe vera yang telah dijadikan gel
sekiranya tidak tahan dengan rasa dan bau aslinya yang agak kuat.
Campurkan 3 sudu gel aloe vera dan 2 sudu besar jus lemon. Kacau rata
dan minum ketika sejuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan