Ahad, 13 Mac 2016

~Minuman Detox lagi~

 



 ~*Tubuh kita mengandungi kira-kira 70 peratus air dan ini bermakna setiap hari, sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau bersamaan dengan 2 hingga 3 liter air yang perlu kita minum. Minum air dengan secukupnya akan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ia membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh dan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus. Di samping itu, ia menjadikan kulit kekal lembap dan berseri manakala rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar.
*Tetapi mampukah kita minum air putih semata tanpa sebarang rasa? Pengambilan air yang disarankan boleh dicukupkan jika kita pandai mempelbagaikan rasanya dan penyediaannya. Sekiranya anda dalam proses berdiet dan menguruskan badan, sebaik-baiknya elakkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman. Kerana itulah diperkenalkan infused detox water atau lebih dikenali sebagai air detox.
 *Perkongsian sebelum ini adalah mengenai Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari. Jadi, sebagai tambahannya kali ini saya ingin kongsikan kepada anda kebaikan minuman air detox yang telah dipelbagaikan dan anda mesti cuba dan buat sendiri di rumah. Anda boleh minum air ini pada bila-bila masa sahaja seperti minum air kosong cuma air detox lebih menyihatkan, penyediaannya yang menarik dan berperisa, sedap baunya, malahan ianya juga amat menyegarkan.
*Banyak kelebihan yang diperolehi melalui pengambilan air minuman detox ini terutamanya ia membantu menguruskan badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk pelangsingan badan. Air detox memang sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan utama yang digunakan berasaskan air, campuran buah-buahan dan herba. Antara kebaikan air detox ni :
  • mengawal keseimbangan paras gula dalam darah
  • membantu sistem pencernaan dan penghadaman lebih baik dan lancar
  • membantu mencairkan lemak
  • menyahtoksin dalam badan
  • menperkukuhkan sistem imun tubuh
  • mengatasi masalah sembelit
  • mengawal selera makan
  • mengempis dan menjadikan perut rata
  • pemulihan dan pembinaan semula sel dalam tubuh
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
  • sakit berkurangan dan alahan
  • membantu merawat pedih ulu hati
  • meningkatkan tenaga dan kadar metabolisme
  • menurunkan paras kolestrol
  • merawat stres dan sakit kepala
 **selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan