**Khasiat Teh Hijau Turunkan Berat Badan**
~Teh hijau merupakan minuman tradisi bagi masyarakat China, Jepun, dan
India untuk berabad lamanya...tetapi sekarang ini teh hijau telah
mendapat sambutan yang menggalakkan untuk dijadikan sebagai minuman
untuk turunkan berat badan...
~penyelidik menyatakan bahawa, kedua-dua bahan yang terdapat di dalam teh
hijau iaitu catechins dan kafein dipercayai bertanggungjawab untuk
meningkatkan metabolisme dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai
berat badan yang berlebihan atau obesiti...dalam satu kajian kecil, penyelidik memberi secara rawak campuran
ekstrak teh hijau (yang mengandungi kafein), kafein atau placebo kepada
10 orang lelaki yang sihat...hasil kajian menunjukkan bahawa mereka yang
menggunakan ekstrak teh hijau menunjukkan peningkatan yang ketara dalam
tenaga dan pengoksidaan lemak...manakala lelaki yang menggunakan kafein
dan placebo tidak menunjukkan sebarang peningkatan...selain itu, terdapat juga beberapa kajian tambahan...dalam artikle US National Library of Medicine dikumpulkan 11 kajian
tentang bagaimana teh hijau boleh memberi kesan terhadap penurunan berat
badan dan pengekalan berat badan...hasil kajian menunjukkan bahawa
“catechin mampu menurunkan berat badan dengan ketara dan mampu
mengekalkan berat badan dengan ketara selepas penurunan berat badan
berlaku...epigallocatechin gallate (EGCG) yang terkandung di dalam teh hijau telah
menunjukkan penigkatan dalm pengoksidaan lemak sebanyak 33%...teh hijau mengandungi 59% cathechins EGCG,dan menjadikan minuman ini
sebagai minuman asas untuk leburkan lemak...ia juga sangat penting kerana
EGCG digabungkan dengan kafein yang sedikit dan ia mampu untuk membuat
pembakaran lemak super aktif berlaku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan