2. Strawberi + kiwi + daun pudina
Tubuh kita memerlukan glukosa untuk
mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi
dengan baik. Campuran strawberi, kiwi dan daun pudina berfungsi untuk
menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan lebih
baik. Resepi air minuman detox ini juga bagus diamalkan oleh mereka yang
mengalami masalah kekurangan darah.
Gabungkan hirisan 2 biji buah kiwi
dengan beberapa biji buah strawberi dan 7 helai daun pudina ke dalam jag
minuman anda. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk untuk lebih sedap.
Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas
serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan
dan kecantikan kulit.
3. Timun + lemon + limau nipis
Air detox ini dipanggil juga sebagai ‘detox water 3-in-1’.
Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu menjadikan kulit
lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal
selera makan anda. Jadi, kepada anda yang sedang berdiet, air minuman
ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana membantu mempercepatkan proses
penurunan berat badan.
Kaedahnya, hiris sebatang timun, sebiji
buah lemon dan sebiji limau nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke
dalam jag yang berisi 1 liter air. Boleh simpankan ia di dalam peti atau
masukkan beberapa ketul kiub ais untuk lebih kesegaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan