Isnin, 28 Mac 2016

~Resepi Minuman Detox III~

~~masih lagi dengan resepi minuman detox....resepi seterusnya~~


 
1. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis
Masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan sebiji epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam. Anda boleh menggunakan bahan ini berulang kali sehingga 4 kali. Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme.


 

2. Strawberi + tembikai + daun pudina

Warnanya yang merah terang sudah tentu mampu memikat dan menaikkan hasrat anda untuk mencuba air detox hasil gabungan kedua-dua buah ini. Campurkan secawan strawberi bersama 5 hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1 jag air. Untuk aroma yang lebih memikat, masukkan beberapa helai daun pudina. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa. Khasiat air detox ini berfungsi sebagai anti-radang dan mencantikkan kulit.


 

3. Cuka epal + lemon + kulit kayu manis + epal

Cuka epal memang banyak khasiatnya. Tambahkan 2 sudu besar cuka epal pada pengisar yang sudah diisikan dengan 1 sudu jus lemon dan 1 serbuk kayu manis. Kisar sehingga halus. Masukkan ke dalam setengah jag air dan jangan lupa letakkan sebiji epal yang telah dihiris nipis. Gaul dan biarkan seketika supaya air sebati dengan bahan-bahan tersebut. Buah epal kaya dengan serat yang membantu memudahkan perkumuhan sementara kayu manis pula membantu mengawal selera makan.


 

4. Halia + lemon

Halia merupakan penawar bagi banyak penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan pencernaan. Masukkan jus perahan 1/2 biji lemon dan hirisan 1/2 inci halia ke dalam air. Cuba amalkan air detox ini pada setiap pagi dan ia mampu merawat segala kesakitan dalam badan. Campuran halia dan lemon berhasil sebagai agen penyahtoksin dalam badan dan begitu berkesan sebagai ubat semula jadi dalam merawat selesema.


 


5. Aloe vera + lemon

Aloe vera membantu memudahkan penghadaman dalam perut, selain menghilangkan rasa letih dan meningkatkan tenaga. Kaedah penyediaannya adalah dengan mengambil sebatang aloe vera dan ambil isi berserta lendirnya, lalu dikisar halus dengan campuran perahan jus lemon sedikit air. Anda boleh juga menggunakan pati atau ekstrak aloe vera yang telah dijadikan gel sekiranya tidak tahan dengan rasa dan bau aslinya yang agak kuat. Campurkan 3 sudu gel aloe vera dan 2 sudu besar jus lemon. Kacau rata dan minum ketika sejuk.

Selasa, 22 Mac 2016

~Senaman Perut~

~~Idamkan Perut Rata, Amalkan 9 Kaedah Ini~~

*~perut merupakan pusat utama bagi kebanyakan penyakit dan ubat atau rawatan yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal pemakanan...malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.” 

Tabiat terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Sindrom berlakunya kerengsaan usus ini menandakan bahawa anda mungkin mengalami ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita. Apakah simptom-simpton tersebut?

Adanya simptom-simptom di bawah ini menunjukkan bahawa perut kita sedang mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) seperti :
  • Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
  • Kembung perut
  • Mudah berparut
  • Sering sendawa
  • Mudah penat
  • Muntah (makanan tidak hadam)
  • Keradangan kulit
  • Berat badan bertambah dengan cepat
  • Pedih ulu hati
  • Buncit atau boroi

Menyentuh mengenai berat badan kian bertambah dan keadaan perut yang semakin membuncit, sesungguhnya ia sesuatu yang amat menjelekkan. Semua orang pasti menginginkan perut yang rata, tubuh badan yang cergas dan bebas daripada penyakit. Namun, tidak semua di kalangan kita berjaya mendapatkan perut dan berat yang diidam-idamkan, bukan.
Oleh kerana itu, maka ada yang sanggup berlapar dan mengambil ubat atau telan pil kurus yang pasti menjanjikan kurus sementara tetapi sengsara selama-lamanya. Sebaiknya-baiknya biarlah kurus secara selamat dan 9 kaedah yang kami boleh kongsikan kepada anda ialah :
  

1. Kawal pemakanan
Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, cuba belajar untuk mengawal nafsu makanan yang masuk ke dalam perut. Apatah lagi jika isteri atau sekali-sekala pulang ke kampung, ibu kita pasti akan masakkan makanan yang sedap-sedap untuk anak kesayangannya. Pastikan keperluan makanan yang kita ambil dalam pinggan adalah diet yang seimbang dan berada dalam kuantiti yang sederhana.

2. Kunyah makanan hingga betul-betul lumat
Kunyah makanan perlahan-lahan, iaitu sekurang-kurangnya 30 kali, namun terdapat hadith yang menyebut agar kita disarankan untuk mengunyah makanan 40 kali sebelum telan. Rasionalnya adalah supaya setiap makanan yang kita kunyah betul-betul cukup lumat supaya perut mudah memproses dan menghadamnya dengan baik. Tambahan pula, rahsia di sebalik saranan ini adalah kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

3. Minum air secukupnya
Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Minumlah sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari kerana badan yang tidak cukup air secara automatiknya akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman dan pencernaan. Tidak mustahil jika anda merupakan antara yang sembelit dan sukar untuk ‘membuang’ walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

4. Minum sebelum atau selepas makan
Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman manis, berkarbonat, atau minuman berais kerana  ia akan menghalang sistem pencernaan anda. Sebaik-baiknya minum air kosong 10 minit sebelum makan dan ini akan membantu anda untuk makan dalam kuantiti yang sedikit atau minum sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan supaya makanan dapat turun dengan baik.

5. Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari
Amalan ini secara tidak langsung akan membantu memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki sistem dalaman usus agar dapat bekerja dengan lebih baik. Tanda usus anda berada dalam keadaan baik ialah apabila anda dapat membuang air besar pada setiap hari.

6. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan 
Amalkan pengambilan lebih banyak serat dalam sayur-sayuran termasuk ulam-ulaman serta buah-buahan kerana makanan tersebut mengandungi banyak nutrisi yang membantu melancarkan dan memudahkan proses pencernaan. Jika anda kurang menggemari makan buah atau sayuran begitu sahaja, boleh pelbagaikan dengan membuat salad ataupun jus buah-buahan.

7. Produk tenusu
Selain serat dan protein, produk tenusu juga baik untuk perut seperti susu kultur, yogurt, dadih dan keju.

8. Bersenam selalu
Rajin-rajinlah bersenam dan melakukan aktiviti riadah kerana tindakan ini akan merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan. Selain itu membantu memecahkan lemak, mendapatkan berat badan ideal, menguatkan jantung dan melancarkan lagi sistem peredaran darah.

9. Positif tangani tekanan
Salah satu tanda apabila anda mengalami stres atau tekanan ialah apabila anda mengalami masalah kegemukan, mudah keletihan dan mengalami masalah tidur. Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi metabolisme dan jika ia berterusan, ia boleh mendatangkan masalah kepada badan. Jadi, belajar tangani masalah dengan membuat yoga meluahkan masalah dengan kaunselor atau orang yang dipercayai, bersenam, dan fikiranlah secara positif. Dengan ini mood atau emosi harian anda akan bertambah baik.



Ahad, 20 Mac 2016

~jom kita kempiskan perut~

*~Kempiskan Perut Dalam Masa 2 Hari~*

~seperti mana yang kita tahu,masalah perut boroi atau buncit adalah perkara paling ditakuti oleh lelaki dan juga wanita...salah satu faktor bagi mereka yang mengalaminya adalah disebabkan lemak yang berlebihan disekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan...kebiasaannya kaum  lelaki lebih cepat mengalami masalah perut buncit kerana cara permakanan  mereka tidak terkawal berbanding kaum wanita...
~jadi untuk mengatasi masalah ini,saya ingin berkongsi petua kempiskan perut dengan cepat dan selama..('_')(*_*)

*petua 1 (daun lidah buaya dan asam jawa) - ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat...biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda...amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya...

*petua 2  (asam jawa) - bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman...minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya...

*petua 3 (limau nipis dan kapur sirih) - perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati...selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung...lakukan amalan itu sebelum tidur...tapi jangan guna kapur terlalu banyak tau...takut awak-awak semua tak tahan panas...buat sikit-sikit dulu...

*Petua 4 (Teh cina dan limau nipis) - petia ini selalu saya ingatkan dan amalkannya...ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air  limau nipis...minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur...

*Petua 5 (Limau nipis & air) - ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk...amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya...untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat...

*Petua 6 (Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli) - setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat...

~~jadi..apa yang kita tunggu lagi..jom kita amalkan~~ (*_*)

Selasa, 15 Mac 2016

~Resepi Minuman Detox II~

1. Limau nipis + buah oren + lemon


Sistem pertahanan dalam tubuh manusia sangat berguna bagi memastikan agar kita kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Dengan adanya sistem imun yang kuat, ia dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Gabungan rendaman air detox ini terhasil daripada 1/2 biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah lemon yang diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong. Boleh juga ditambahkan 3 helai daun pudina jika suka. Amalan minum air ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan sistem perncernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.

2. Timun +  lemon + halia + daun pudina
Resipi air ini sangat membantu bagi mereka yang memiliki perut boroi atau buncit yang berhasrat untuk kempiskan perut. Resepi air ini sangat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya juga senang diperolehi. Gabungan antara timun, lemon, halia dan daun pudina sangat bagus untuk mendapatkan perut yang menawan. Caranya, sediakan 1 jag air masak dan hiris sebatang timun, 1/2 biji lemon, 1/2 inci halia. Rendamkan kesemua bahan bersama segenggam daun pudina. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam sebelum nikmatinya ketika cuaca panas. Wah, kesegarannya sampai bergetar tulang rusuk.

3. Grapefruit + halia + lemon + limau nipis + daun pudina
 
Ambil sebiji buah grapefruit, 1/2 batang timun, 1/2 biji buah lemon dan sebiji buah limau nipis, kemudian dihiris-hiris. Campurkan kesemua bahan ini dengan beberapa helaian daun pudina ke dalam jag berisi air. Simpankannya di dalam peti sejuk selama 2 jam dan sedia untuk diminum.

Khasiat yang terkandung dalam buah grapefruit membantu dalam pembakaran lemak, manakala lemon dan limau nipis bertindak dalam penyingkiran toksin dalam badan. Halia yang bersifat anti-radang membantu mempercepatkan penyembuhan serta membuang angin dalam badan. Daun pudina pula memudahkan aktiviti perkumuhan sistem badan.

Isnin, 14 Mac 2016

~Resipi Minuman Detox~

1. Teh hijau + daun pudina + limau nipis

Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ini rendamkan 10 helai teh hijau dengan air panas. Jika tiada daun teh hijau, boleh juga gunakan 2 sudu besar serbuk teh hijau. Rendam seketika dan tapis habuknya. Kemudian ambil perahan jus sebiji limau nipis dan 5 helai daun pudina. Gaulkan semua bahan ini ke dalam teko yang berisi air. Air ini sedap diminum ketika masih suam mahupun sejuk. Air detox ini membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam badan, melancarkan sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.


2. Strawberi + kiwi + daun pudina

 

Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran strawberi, kiwi dan daun pudina berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan lebih baik. Resepi air minuman detox ini juga bagus diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.
Gabungkan hirisan 2 biji buah kiwi dengan beberapa biji buah strawberi dan 7 helai daun pudina ke dalam jag minuman anda. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk untuk lebih sedap. Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

3. Timun + lemon + limau nipis  

 

Air detox ini dipanggil juga sebagai ‘detox water 3-in-1’. Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan anda. Jadi, kepada anda yang sedang berdiet, air minuman ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Kaedahnya, hiris sebatang timun, sebiji buah lemon dan sebiji limau nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air. Boleh simpankan ia di dalam peti atau masukkan beberapa ketul kiub ais untuk lebih kesegaran.



Ahad, 13 Mac 2016

~Minuman Detox lagi~

 



 ~*Tubuh kita mengandungi kira-kira 70 peratus air dan ini bermakna setiap hari, sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau bersamaan dengan 2 hingga 3 liter air yang perlu kita minum. Minum air dengan secukupnya akan memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ia membantu menyingkirkan toksin dalam tubuh dan menjadikan kita lebih bertenaga, peka dan fokus. Di samping itu, ia menjadikan kulit kekal lembap dan berseri manakala rambut akan menjadi lebih kuat dan bersinar.
*Tetapi mampukah kita minum air putih semata tanpa sebarang rasa? Pengambilan air yang disarankan boleh dicukupkan jika kita pandai mempelbagaikan rasanya dan penyediaannya. Sekiranya anda dalam proses berdiet dan menguruskan badan, sebaik-baiknya elakkan pengambilan gula dalam makanan dan juga minuman. Kerana itulah diperkenalkan infused detox water atau lebih dikenali sebagai air detox.
 *Perkongsian sebelum ini adalah mengenai Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak Dalam Tempoh 4 Hari. Jadi, sebagai tambahannya kali ini saya ingin kongsikan kepada anda kebaikan minuman air detox yang telah dipelbagaikan dan anda mesti cuba dan buat sendiri di rumah. Anda boleh minum air ini pada bila-bila masa sahaja seperti minum air kosong cuma air detox lebih menyihatkan, penyediaannya yang menarik dan berperisa, sedap baunya, malahan ianya juga amat menyegarkan.
*Banyak kelebihan yang diperolehi melalui pengambilan air minuman detox ini terutamanya ia membantu menguruskan badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk pelangsingan badan. Air detox memang sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan utama yang digunakan berasaskan air, campuran buah-buahan dan herba. Antara kebaikan air detox ni :
  • mengawal keseimbangan paras gula dalam darah
  • membantu sistem pencernaan dan penghadaman lebih baik dan lancar
  • membantu mencairkan lemak
  • menyahtoksin dalam badan
  • menperkukuhkan sistem imun tubuh
  • mengatasi masalah sembelit
  • mengawal selera makan
  • mengempis dan menjadikan perut rata
  • pemulihan dan pembinaan semula sel dalam tubuh
  • menjadikan kulit lebih sihat dan berseri
  • sakit berkurangan dan alahan
  • membantu merawat pedih ulu hati
  • meningkatkan tenaga dan kadar metabolisme
  • menurunkan paras kolestrol
  • merawat stres dan sakit kepala
 **selamat mencuba

Jumaat, 11 Mac 2016

~Cairkan Lemak Badan~


*~ Minuman yang Menakjubkan untuk Cairkan Lemak ~*






11355597_948253141887722_366314386_n

Ramai diantara kita yang ingin mencari cara yang cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini.
kepada mereka yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan anda berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan?. Disini saya menawarkan minuman ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan.
Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:
  • 8 ½ cawan air ditapis
  • 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
  • 1/2 timun, dihiris nipis
  • 1/2 lemon, dihiris nipis
  • 12 daun pudina
Cara penyediaanya:
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Saya cadangkan anda minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari.
Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?
Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.
Sekarang jom kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

Timun:
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

Halia
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.

Lemon
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah(ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

Pudina
Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.

Air
Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.

Isnin, 7 Mac 2016

~~DAUN PUDINA~~

~* Khasiat Daun Pudina Turunkan Berat Badan *~

mint-leaves

Daun pudina sebenarnya mempunyai rasa yang berbeza ia  mampu menghasilkan rasa yang sangat menyegarkan.
Apabila melibatkan tentang menurunkan berat badan daun pudina juga merupakan senjata rahsia untuk masalah kembung perut. 

Berdasarkan kajian University Of Maryland Medical Centre, daun pudina boleh:
  • Melegakan otot dan membebaskan gas, disamping mengurangkan masalah kembung.
  • Dapat menenangkan otot perut.
  • Meningkatkan aliran hempedu, yang digunakan oleh badan untuk mencerna lemak.
  • Merawat simptoms IBS

**Pudina sebenarnya melakukan tugas-tugas yang agak kotor bagi kemudahan atau keselesaan kepada anda supaya anda rasa selesa dan mempunyai perut yang flexsible. Jika anda pernah mengalami masalah sakit perut,IBS, atau kembung khasiat daun pudina boleh menjadi cara yang paling lazat dan berkhasiat untuk menghilangkan rasa tidak senang dan tidak selesa.



Jumaat, 4 Mac 2016

~~HALIA~~

ginger-tea 

 ~Khasiat Halia Turunkan berat Badan~

sekarang kita bercakap tentang teh halia yang mana dapat mengurangkan sakit perut, muntah-muntah, loya ataupun mabuk, tetapi adakah anda tahu bahawa ia juga dapat membantu dalam menurunkan berat badan...satu kajian menunjukkan bahawa kesan apabila anda minum 2 gram serbuk halia yang dimasukkan kedalam air panas...berdasarkan kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Metabolisme. “perasaan kenyang ini adalah subjektif dan ia dinilai setiap jam denggan menggunakan visual skala analog dan sampel darah yang diambil semasa peserta berpuasa dan selepas 3 jam peserta mengambil sarapan pagi...keputusanya ialah peserta berasa kurang lapar selepas menggunakan serbuk halia di dalam air tersebut...tetapi bukan ini sahaja berita baik.
Medical News Today juga menyatakan halia membantu meningkatkan tenaga semasa penurunan berat badan...kajian menemui bahawa halia mempunyai hampir zero kalori, tetapi ia mengandungi banyak sebatian anti radang dan antioksidan yang lebih memberi manfaat kepada kesihatan...jadi apa lagi yang anda perlu...
untuk meningkatkan lagi khasiat halia ini, anda boleh campurkan dengan hirisan timun dan sedikit hirisan lemon sekaligus ia mampu memberikan tenaga yang maximun kepada anda....Secara peribadi, saya memng suka rasa halai jadi saya ingin menambah segala-galanya daripada hidangan sayuran kepada smoothies.

Khamis, 3 Mac 2016

~~Sleeping Time~~

~~mereka yang mempunyai kucing sebagai haiwan peliharaan mesti tahu yang kucing mempunyai kebolehan untuk tidur di mana mereka suka pada bila-bila masa...koleksi gambar dibawah begitu lucu untuk dilihat dan pemilik kucing mungkin mahu membuat koleksi gambar tidur kucing anda selepas ini....~~



                                
  
   
 
~~memang comel kan gaya diaorang nie tidur...bila tengok jer mesti kita akan tersenyum sorang2....geram jer..kalau ada depan mata...memang kena picit nie...~

Rabu, 2 Mac 2016

~~TEH HIJAU~~

**Khasiat Teh Hijau Turunkan Berat Badan**

~Teh hijau merupakan minuman tradisi bagi masyarakat China, Jepun, dan India untuk berabad lamanya...tetapi sekarang ini teh hijau telah mendapat sambutan yang menggalakkan untuk dijadikan sebagai minuman untuk turunkan berat badan...
~penyelidik menyatakan bahawa, kedua-dua bahan yang terdapat di dalam teh hijau iaitu catechins dan kafein dipercayai bertanggungjawab untuk meningkatkan metabolisme dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti...dalam satu kajian kecil, penyelidik memberi secara rawak  campuran ekstrak teh hijau (yang mengandungi kafein), kafein atau placebo kepada 10 orang lelaki yang sihat...hasil kajian menunjukkan bahawa mereka yang menggunakan ekstrak teh hijau menunjukkan peningkatan yang ketara dalam tenaga dan pengoksidaan lemak...manakala lelaki yang menggunakan kafein dan placebo tidak menunjukkan sebarang peningkatan...selain itu, terdapat juga beberapa kajian tambahan...dalam artikle US National Library of Medicine dikumpulkan 11 kajian tentang bagaimana teh hijau boleh memberi kesan terhadap penurunan berat badan dan pengekalan berat badan...hasil kajian menunjukkan bahawa “catechin mampu menurunkan berat badan dengan ketara dan mampu mengekalkan berat badan dengan ketara selepas penurunan berat badan berlaku...epigallocatechin gallate (EGCG) yang terkandung di dalam teh hijau telah menunjukkan penigkatan dalm pengoksidaan lemak sebanyak 33%...teh hijau mengandungi 59% cathechins EGCG,dan menjadikan minuman ini sebagai minuman asas untuk leburkan lemak...ia juga sangat penting kerana EGCG digabungkan dengan kafein yang sedikit dan ia mampu untuk membuat pembakaran lemak super aktif berlaku...

green-tea 

Selasa, 1 Mac 2016

~Leburkan lemak dalam masa 2 minit~


**Resepi Minuman Leburkan Lemak
  • 8 uncang teh hijau, sebaik-baiknya berkafein
  • 8 cawan air ditapis
  • ½ timun, dihiris nipis (saiz sederhana)
  • 1 oren besar dihiris nipis
  • 1 lemon, dihiris nipis
  • 1 sudu teh halia segar (diparut)
  • 4 helai daun pudina segar
tea-ginger-lemon-mint
gambar hiasan




Arahan:

  • Panaskan air yang ditapis sehingga mendidih
  • Ambil air yang telah didih rendamkan teh selama 5 minit
  • Sementara tea direndamkan, masukkan hirisan timun, oren dan lemon ke dalam periuk besar. Masukkan halia yang telah diparut.
  • Apabila tea siap direndam, masukkan ke dalam periuk tadi yang mengandungi timun, oren,lemon dan halia itu tadi.
  • Masukkan daun pudina ke dalam periuk dan sejukkan di dalam peti selama 1 jam. Minuman campuran itu akan kekal segar selama 2 hari.
~senang saja kan.....satu kesilapan yang sering dilakukan apabila ingin menurunkan berat badan adalah dengan meminum smoothies yang telah siap...maksud saya, smoothies nampak sebagai alternatif untuk menjaga kesihatan mungkin anda beranggapan ia hanya jus dengan air kan?..sebenarnya tidak...smoothies mengandungi kandungan gula tersembunyi seperti sarat dengan fruktosa, yogurt yang dibekukan atau “sherbert” ...walaupun rasanya yang sedap dan menyegarkan tetapi ia juga menyebabkan kualiti kesihatan anda menurun...ini bermakna, ia akan mengganggu pemakanan tanpa lemak anda dan ia menjejaskan harapan anda untuk turunkan berat badan atau untuk kempiskan perut...sebabnya rasa manis dan kandungan gula di dalam smoothies itu boleh menjadi punca anda rasa kembung dan tidak selesa...

~minuman campuran ini hampir sama dengan smoothies tetapi ia bebas dari kandungan gula...dengan khasiat yang terkandung di dalam teh hijau, haba dari air panas yang menggelegak menarik semua nutrient daripada buah-buahan segar...kemudian apabila disejukkan di dalam peti sejuk ia membantu memberhentikan proses memasak, jadi khasiat dan vitamin dalam sayur-sayuran dan buah-buahan tidak terpisah...amalkan campuran minuman ini sepanjang hari dan sediakan minuman ini seminggu 2 kali...sebenarnya ia agak sukar untuk masukkan minuman ini dalam menu diet tetapi tidak salah jika kita amalkan kerana ia juga untuk kesihatan kita dan disamping itu kita dapat kawal nafsu makan...

~oleh itu, jom kita nikmati menu minuman ini bersama-sama supaya kita dapat manfaat dari khasiat campurannya...penambahan air (atau teh) juga membantu mengurangkan natrium dalam diet anda, yang seterusnya akan membantu mengurangkan masalah kembung dan membuang toksin di dalam badan..~~