Khamis, 30 Julai 2015

~kata-kata semangat~

~~Kesempatan emas yang anda cari, sebenarnya ada dalam diri anda sendiri...bukan pada lingkungan anda...bukan hanya sekedar keberuntungan atau kebetulan...atau merupakan bantuan orang lain...melainkan hanya ada dalam diri anda sendiri~~

~~Janganlah berdoa meminta pekerjaan yang sesuai dengan kekuatan anda...berdoalah untuk kekuatan yang sesuai dengan pekerjaan anda~~

~~Visi tanpa tindakan adalah mengkhayal...tindakan tanpa visi adalah mimpi buruk~~


~~Jangan pernah mengharapkan hal-hal terjadi begitu saja...berjuang dan buatlah hal itu terjadi...jangan pernah mengharapkan anda akan diberikan nilai yang baik...ciptakanlah nilai anda sendiri~~

~~Satu-satunya cara melakukan sebuah pekerjaan yang luar biasa adalah dengan mencintai apa yang saat ini tengah Anda kerjakan~~
 

Selasa, 28 Julai 2015

~Pantun Melayu~


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat 


Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi


Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga


Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu


Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati 


Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya






 
 

~mari kita berdansa~

~Assalammualaikum n selamat petang.....
              ~~petang2 macam nie mata mesti dah berat kan..apa kata berdansa petang nie..boleh juga segarkan mata n badan dapat juga berpeluh...jom...

~pastinya peminat K-pop kenal dengan kumpulan ini..mereka pernah terkenal dengan lagu Nobody.. Wonder girls..dengan lagu...LIKE THIS...

Isnin, 27 Julai 2015

~Madu~

~~Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:lebahmadu2

- Asma - Haid - Resdung

- Alahan - Jerawat - Rambut gugur

- Barah - Letih - Sakit kepala

- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang

- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi

- Batuk - Mata - Sukar tidur

- Darah Tinggi - Pening

- Gastrik - Penyeri muka



~~Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui. Di antaranya, madu dapat:
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
  • Membersih dan menambah darah.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Mengelak cacing perosak dalam perut.
  • Menambah kelazatan makanan.
  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan.
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  • Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
  • Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Cara Mengetahui Keaslian Madu

~Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.
Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
  • Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
  • Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
  • Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
  • Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
  • Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membentuk bulatan.
  • Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
  • Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.


Cara Menyimpan Madu

~Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:-
  • Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
  • Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan.
  • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.
  • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

Jumaat, 24 Julai 2015

~~SAJAK MELAYU~~

MEREKA KATA

Mereka kata wanita itu
perhiasan dunia
maka jadilah perhiasan yang benar-benar berharga dan berguna
jangan hanya cantik diluar tetapi buruk didalam
Mereka kata wanita itu
ibarat epal
maka jadilah epal yang tinggi kedudukan nya
bukan yang berguguran ditanah
yang mudah dimiliki oleh sesiapa
Mereka kata wanita itu persis mawar
maka jadilah mawar yang mekar mengharumi
bukan yang layu sebelum kembangnya
Mereka kata wanita itu persis mutiara di dasar laut dalam
maka jadilah mutiara yang benar-benar berharga
sesungguhnya hanya yang mampu membeli mutiara
bisa memilikinya
Mereka kata wanita itu ibarat permata
maka jadilah permata yang tulen
bukan kaca mudah dilihat di mana-mana
sesungguhnya kerdipan permata dan kaca itu hampir sama
hanya yang benar-benar bijaksana
yang tidak tersalah memilihnya

~Sajak Melayu~

AKU MENGEJAR BAYANG

Ketika melihat gambar kenangan
terimbas kenangan semalam
ketika berjuang meletakkan diri
sama taraf dan kedudukan bersama para
pejuang yang aku belum kecapi.

Bayaran kepada perjuangan ini
tidak tertebus dengan panggilan suara
memanggil dalam minit-minit waktu
bayaran wang belum tertunai
aku asyik mengejar bayang.

Aku lemas dalam tipu daya nafsu
mencari pemuas yang belum tentu
yang dipagari bahan-bahan teknologi
menyelongkar lubuk hati yang haus.

Masihkah ada ubatnya
tubuh ini sudah gersang
mencari cahaya dan kemanisan
jauh menusuk nafas keinsafan
di sebalik diri yang menunduk mencari cahaya.

Terdampar di wilayah asing
diranduk rasa rindu
ditegah oleh kuasa pemutus
terpaksa mematuhi surat pekeliling
itulah bayang yang dipaksa dihadapi.

Suatu ketika itu
hati ini mahu mencabar kuasa itu
akan tetapi hanya hati yang keras
memaksa diri melakukan itu dan ini
duduklah diri mengejar bayang yang belum
pasti.

~PESAN ULAMA~


"Bila kita selalu sakit,
maka rajinlah berpuasa..

Bila kita berwajah gelap,
rajinkanlah diri untuk berqiamulai & tahajjud..

Bila kita punya hati yang sempit,
maka banyakkan membaca Al-Quran..

Bila kita terlalu susah untuk bahagia,
solatlah tepat pada waktunya..

Bila emosi kita sering terganggu,
rajinkan berwuduk & beristighfar..

Bila hati & jiwa kita gelisah,
banyakkan berdoa, bersukan & beribadah..

Bila kita dalam keadaan stress @ tertekan,
seringlah membaca La haula wala quwwata illa billah'..

Dan apabila kita merasa rezeki kita sempit,
maka perbanyakkanlah bersedekah.."

Rabu, 22 Julai 2015

MUTIARA KATA


~Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat~

~Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman~

~Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera~

~Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya~

Rabu, 15 Julai 2015

~~10 foods that burn fat~~

1~ Oats- its not only taste great but also reduces your hunger..oats contains fiber which helps n stabilizes the levels of cholesterol...

2~ Eggs- are the rich sources of protein n low in calories..eggs helps us to build the muscles n develops the good cholesterol...

3~ Apples- are enriched with powerful antioxidants n other supplements..most importantly it contains pectin which helps to reduce the fat cells in the body...

4~ Green chillies- contains capsaicin which helps to develop the body growth cells n burns the calories in quick time...

5~ Garlic- contains allicin which has anti-bacterial properties helps us to reduce the fat n removes the bad cholesterol...

6~ Honey- the best one to burn fat..add honey in warm water n take it daily in the early morning...

7~ Green tea- the most effective one which helps you to lose weight..it contains antioxidants which helps n stabilizes our body weight..take daily 2 cups of tea for a better results...

8~ Wheat grass- it boosts our metabolism n helps to reduce the fat...

9~ Tomatoes- it helps us to burn the fat in quick time..it also helps us to stay away from cancer..so take tomatoes in your diet reguarly...

10~ Dark chocolate- it contains flavonoids, anti-inflammatory properties which helps to reduce the cholesterol levels in the blood..it boosts the growth of serotomin in the blood n also burns the fat...

Senam pagi...

Jom kita bersenam...

Selasa, 14 Julai 2015

Cerita semalam..

~assalamualaikum..
sudah masuk hari ke-4 saya berada di kampung..saya sampai petang sabtu..dapat ler berbuka puasa dengan keluarga yang ada di kampung bersama insan tercinta..
Esoknya, selepas hantar insan tercinta..saya teman kakak n ibu secara ke pasar pagi..setelah selesai beli barang, pulang ke umah n berehat sebentar sehingga terlena sekejap..selepas solat zohor saya mula bergerak pegi ke umah kerana telah berjanji untuk jumpa n berbuka puasa dengan adik angkat..jam lebih kurang pukul 5 kami memulakan perjalanan menuju ke uptown untuk mencari barang raya..mula2 kami pusing dulu..tengok2 baju n tudung dulu..berhenti sebentar untuk berbuka lepas itu sambung jalan n saya telah beli 2 helai tudung..adik saya telah beli jubah, baju utk ayah n tudung utk kakak..sebelum balik ke umah adik..kami berhenti makan steamboat n grill dulu..makan ramai2 nie seronok kan..😝😝
Pagi esoknya..jam 10.30 pg saya bergerak balik ke umah family..sampai di umah saya uruskan anak2 dara saya..berehat sekejap, solat n tolong mak di dapur..pukul 3.30 ptg, saya dengan bergerak ke umah kakak pula..berbuka puasa di rumah kakak..saya smpi dalam pukul 5.30 ptg..sebelum waktu berbuka adik saya pula sampai..sesudah berbuka,berehat, solat, tengok tv, solat n tido lastly sahur..
Ari nie jam 11.33 kami gerak balik umah tapi sampai agak lewat sebab berhenti bnyk tmpt jg..beli buah n makanan kucing..ada juga bawa balik dari umah kakak..
~cuti awal sampai boleh berjalan ke sana sini..untung n best juga dapat cuti awal nie..belum tentu tahun depan dapat bercuti awal lagi..kan..nikmatinya~~
#selamat menyambut syawal yg bakal menjelang

~candy salad~

~sweet but still low calorie!..only 64 calories per sering..
~~ingredients~~
~soup can size - mandarin oranges (drained)
~shredded carrots
~3 apples - chopped
~feta cheese crumble - 1 pkg
~dried cranberries - 1 pkg
~almonds @ slivered
~lettuce @ spinach
~raspberry vinaigrette
~red onions

~~instructions~~
~add all ingredients in a bowl n toss @ shake with the lid on..serve..all the quantities of ingredient are up to your taste..approx 10 servings..

Isnin, 13 Julai 2015

Mari bersenam

~masih belum terlambat untuk kita mulakan selama..
~mudah saja..tak perlu susah payah ke gim..

Indahnya permandangan...

~assalamualaikum..
pukul 10.15 pg td saya bertolak dari umah adik saya untuk balik ke umah keluarga saya di kampung..saja jer pegi berjalan ke umah adik..cadangnya nak beli tudung raya sebab baju raya dah ada..dapat juga ler untuk 2 pasang baju..tinggal lg sehelai saja..hehehe..dalam perjalanan pulang saya terpandang awan2 dekat dengan gunung jerai..nampak cantik sangat sebab awan tue bawah jer..mungkin sebab baru lepas hujan..sebelum ini saya tak pernah perasan la pulak pasal gunung tue..tahu gunung tue ada tapi mungkin sibuk memandu sampai tak kisah sangat..saya sempat snap gambar gunung tue..dapat satu jer..klu ada peluang lain saya akan snap lg..😸😸~~

Sabtu, 11 Julai 2015

Novel kegemaran...

~setiap kaki novel semestinya ada beberapa novel kegemaran kan..novel kegemaran says masih ada lagi dalam simpanan saya..ada beberapa novel antaranya
~
~cerita berkisahkan tentang seorang petempuan yang telah menjadi anak yatim usia yang muda kerana ditinggalkan ibu ketika berusia seminggu..selepas beberapa tahun ayah dia pula telah meninggal dunia~

~~Sinopsis cerita~~
Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang..awal-awalnya aku fikir hanya biasa2 saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa2 saja..sudah menjadi sangat2 luar biasa..
Aduhai..kenapa dia madam syok sahaja dekat aku?..selalu buat benda2 yang tidak aku jangkakan..atau aku yang terlebih syok dekat dia?..kalau betul, apa yang harus aku lakukan..minta putuskan tali pertunangan?..atau aku kena lari bersama dengan so dia..
Aku tidak tergamak melukakan hati ayah saudaraku..dia yang bela aku lepas ayah meninggal..sebab kenang budilah aku tidak boleh buat apa-apa..jodohku sudah dirancang dari mula..kalau aku putuskan bermakna aku jadi anak saudara yang tidal mengenang budi..aku tidak hendak jadi madam itu..~~

Novel dulu vs Novel sekarang..

~kaki2 novel mesti tahu perbezaan antara novel dulu n sekarang...kalau novel dulu2 bukunya mesti tebal tapi muka surat buku novel tak banyak sangat..tak ada nak sampai 500 lebih..jalan cerita kebanyakan tentang cinta remaja, budak sekolah @ universiti..anak orang kaya..anak kacukan..kalau novel sekarang pula..kebanyakan jalan cerita lebih kurang sama jer..anak orang miskin kena kawin ngan anak orang kaya..anak orang kaya kena kawin dengan pilihan keluarga..kena ikut wasiat..macam dah tak ada idea jer..kan~
Di umah kg saya masih simpan lagi novel dulu n sekarang..antaranya:-
~~antara koleksi dalam simpanan kakak, adik n saya di kampung~~
~~novel dulu2~~
~~novel sekarang~~

Balik kampung..

~raya tinggal beberapa hari saja lagi n puasa pun masih berbaki beberapa puasa saja..umat Islam masa sekarang ini sedang bersiap sedia bagi menjelangnya syawal..yang pasti tahun ini saya bercuti awal n dalam perjalanan pulang ke kampung..bersama dengan 'anak2 dara' saya..tak boleh tinggal kt kl..rindu nanti~

Jumaat, 10 Julai 2015

Carta makan..

~jom kita amalkan makanan sihat..

~citrus fat flush water~

~SAYA TERJUMPA ARTIKEL INI..SELAMAT MENCUBA~
~I used the following~..
~~1 grapefruit – can sub with Lemon or Lime~~..~~1 tangerine – can sub with Orange
1/2 of Large Cucumber~~..~~1 Medium Mango – Great Fat Burner!~~..~~4 sprigs mint leaves~~..
~~I washed, peeled and sliced up the fruit in thin slices. Drop mint leaves in and fill the gallon jug with water! Let it sit for a little bit and then l enjoy! Keep Refrigerated and when finished refill with water and drink another jug!
I peeled most of the fruit! You do not have to peel your fruit! I did to take some of the bitterness away~~
~~~TAK SALAH KITA MENCUBA SESUATU BARU YANG BAIK UNTUK KESIHATAN KITA~~~

~senaman utk sakit pinggang~

~setiap pagi kita mesti akan mengalami masalah sakit pinggang bila bangun dari tido..mungkin kita tersalah tido pada malam itu..ada beberapa senaman yang boleh kita lakukan untuk kurangkan rasa sakit itu..antaranya ialah=~
~~semoga pinggang kita sihat~~

Khamis, 9 Julai 2015

~ZUMBA VIDEO GAME~

~Zumba pun ada game juga...hairan2 tapi best juga bila kita ikut video game zumba ini..video ini saya dapat tahu dari salah seorang rakan kerja saya n saya telah menonton beberapa video game..pengasas video game zumba memang seorang yang aktif dalam zumba n selalu mengadakan kelas zumba di tempat dia...saya sertakan sekali video game zumba di sini...
~~~drop it low~~

~Detox Water~

~saya suka membaca artikel yang berkaitan dengan air...n saya ingin kongsikan di sini artikel yang saya baca~ ~~~STRAWBERRY - GRAPEFRUIT DETOX WATER~~~..~Ingredients per 8 oz serving~..~~water~~..~1 slice grapefruit~..~3 strawberries sliced~..~1/2 cucumber, sliced~..~4 peppermint leaves~..~ice- as much as u like~..~~DIRECTIONS~~..wash grapefruit, strawberries, cucumber n peppermint leaves, slice cucumber, grapefruit, strawberries n (or peel) peppermint, combine all ingredients (fruits, vegetables, 56 oz water n ice into a large picthes..~~u should drink at least three 8 oz glasses per day~...

tumitku....

~~setiap orang mesti mengalami masalah tumit kaki merekah...tak terkecuali saya...tumit kaki saya merekah sehingga saya boleh memotong kulit tumit yang telah kering...saya potong menggunakan pengepit kuku n gunting (tgk keadaan)...sudah menjadi tabiat saya untuk menarik bahagian yang telah kering sehingga menampakkan lubang kecil di tumit saya...saya ada cuba meletakkan losyen untuk melembapkan tumit kaki saya tetapi ia tak berhasil...saya ada juga mencuba gel yang dikhaskan untuk tumit kaki..tapi sama sahaja...akhirnya saya mencuba produk yang memang terkenal untuk tumit...hasilnya tumit saya semakin baik cuma lubang2 masing ada...mungkin dalam proses untuk tumbuh semula...huhuhuhu...ohhhh tumitku.....
~~tak rugi mencuba~~

Glee..

~~~sebelum ini saya pernah bercerita tentang lagu ini...saya mula kenal lagu ini dari cerita Glee..rentak yang sedikit berbeza dengan yang asal...

kata-kata utkmu..

~Every successful person must have a failure. Do not be afraid to fail because failure is a part of success~....~Trouble is your best friend. It makes you stronger and more understanding about life~....~Our life is very difficult, but there are millions of people with a more difficult life out there~....~Complaining will never solve the problem. Stop complaining and take action~....~A fear will only make you weak and lose confidence. Ignore the fear and proceed your step~....

Selasa, 7 Julai 2015

why drink infused water~~~

~saya terjumpa tentang artikel ini n saya ingin kongsikan disini~ ~~infused water are good for detoxification energy and hydration. put as much fruit in water as u like and let the water sit for at least 30 minutes before drinking~~ air yang boleh kita hasilkan antaranya... (1) green tea, mint n lime~for fat burning, digestion, headaches, congestion n breath freshener..(2) strawberry n kiwi~for cardiovaseular health, immune system protection, blood sugar regulation n digestion..(3) cucumber, lime n lemon~for water weight management, bloating, appetite control, hydration n digestion..(4)lemon, lime n orange~for digestion vitamin c, immune defense, heartburn( drink this one at room temperature)..
~~~saya telah mencuba yang ke-4...saya puas dengan hasilnya...lepas ini saya ingin cuba yang lain pulak~~~ ~selamat mencuba~

Bintik hitam...

~Setiap orang mesti akan mengalami masalah bintik hitam di muka..kadang2 kita kurang amik perhatian tentang hal ini n abaikan saja hal ini.. ~saya ada terbaca kaedah @ cara2 untuk membuang bintik hitam..
~~selamat mencuba~~

~Fitness At Home~

Anda sudah bersedia?... ~30 jumping jacks~..~5 pushups~..~25 high knees~..~7 burpees~..~10 crunches~..~7 squarts~..~5 pushups~..~10 crunches~..~5 pushups~..~7 squarts~..~30 jumping jacks~..~1 minute wall sit~..~5 pushups~..~25 high knees~..~~~~ulang 3-5 kali untuk keputusan yang memuaskan

~21 day challenge~

~~who is ready to do the 21 day challenge? ~ no sugar~ ~no alcohol~ ~no fast food~ ~no sodas (diet @ reg)~ ~no chips, cookies, crackers~ ~no ice cream @ candy~ ~no cakes @ chocolate~ ~no white pasta, bread, rice~ ~~~let's get healthy together~~~

zumba II

~semalam saya telah paparkan tarian zumba Sidnie yang memaikan lagu Marc Anthony 'rain over me'...ari nie saya nak paparkan tarian zumba Sidnie juga yang berlagukan Pitt Bull...kenapa Sidnie lagi?...sebab tarian zumbanya mudah diingati, mudah dituruti n tidak memenatkan...tapi kalau dibuat berkali2...boleh nampak kesan nya....
lepas ini, saya akan memuat naik tarian zumba yang ada dalam koleksi saya...n selepas raya saya akan mula bersenam kembali....

Isnin, 6 Julai 2015

Aksi 2 beradik..

~walaupun berlain ibu n dari baka yg lain..2 beradik nie masih blh main bersama..td tgh rehat..skrg nie dah bsing kt luar..tgh berkejaran ler tue..lepas nie mesti tidak sampai xingat apa2..

Cik bunga En sombong..

~jom kita layan citer cik bunga en sombong..walaupun dah abis membaca novel citer nie..saya tetap juga nak tengok citer nie..memang menarik bila kita baca novelnya tapi lagi menarik bila tengok drama..jalan citer nie agak lain sikit ngan novel lain tapi ada juga sama cuma ada la terlampau sama..hahaha..minggu akhir nie.. ~~layannnnnnnn...

sebelum n selepas puasa

~sebelum kita sambut bulan ramadhan..saya ada mengikuti kelas zumba percuma di tempat yg dekat ngan umah saya..n kt tempat opis saya ada jg menganjurkan kelas zumba yg disertai oleh staff perempuan..sejak mengikuti kelas zumba ini saya ada juga mencari beberapa tarian zumba utk diri sendiri..n dalam banyak video yg saya tgk..saya suka tengok video daripada seorang ini..namanya sidnie tatom...dan banyak jg video Sidnie yg saya simpan...antaranya:-
~~suka lagu Marc n suka zumba Sidnie...

MOTIVASIKAN DIRI..

~KATA-KATA UNTUK RENUNGAN KITA ~~Life will always have a different plan for you. If you don’t give up, you will eventually get to your destination. But towards the end of your life, you may look back and realize that it was never really about the destination; it was the journey that counted~~ ~~It is good to have an end to journey toward; but it is the journey that matters, in the end~~ ~~Success is a journey, not a destination~~ ~~A good listener tries to understand fully what the other person is saying. In the end he may strongly disagree, but before he did not agree, he would like to know first exactly what is not approved~~

Meal Plan.....

~sebelum ini saya ada menulis plan diet utk kita kawal pemakanan kita..ari nie saya tuliskan kepada anda plan pemakanan yang lebih kurang sama dengan plan diet..cuma caranya lebih senang sikit n ringkas.. a)bangun pagi~ minum air segelas/ 500ml (botol kecil) untuk tujuan aktifkan sistem dalam tubuh. b)sarapan~ ambil makanan berprotein seperti roti sekeping dua + minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus. c)makan tengahari~ makan macam muka 'mickey mouse' iaitu banyakkan sayuran & protein kemudian kurangkan nasi @ karbihidrat, makan buah-buahan yg berasaskan sumber air kerana air penting dalam tbuh badan, contohnya tembikai + minum air kosong sebanyak 500ml + 500ml secara sikit demi sikit, bukan sekaligus. d)minum petang~ ambil makanan yg ada fiber yg mengenyangkan, contohnya roti yang ada fiber tinggi dlm 2 keping. e)makan malam~ minum air segelas/ 500ml @ makanan berprotein tinggi @ makan macam muka 'mickey mouse' (seperti lunch td) ~~jom kita cuba...tak rugi kalau kita cuba~~

Ahad, 5 Julai 2015

Bila si dia manja

~saya ada 2 ekor kucing..yang nakal n xdgr cakap..hehehe..tp bila masuk bab manja..terus kita cair n boleh gelak2 bila tgk gelagat di org main..si besar kejarsi si kecil..si kecil kejar si besar..macam xcaya bl igt balik masa saya baru bawa balik si kecil..si besar punya ler bising (macam protes) tp masuk mggu ke-4 dah ok..alhamdulillah..

Sabtu, 4 Julai 2015

Plan diet..

~setiap orang mesti inginkan bentuk badan yang cantik, berat badan yang ideal..tp bila tiba masa makan kita akan lupa apa yang penting n perlu..di sini saya berikan plan panduan makanan harian yg dpt membantu merancang permakanan kita seharian dlm proses mengawal berat badan kita.. Hidangan~ ~sarapan cereal oat meal 4 sudu susu rendah lemak 200ml teh tarik 1/2 cawan air kosong 1-2 gelas ~mkn sampingan roti 2 keping tuna 1/2 tin air kosong 1-2 gelas ~lunch nasi putih 1/2 pinggan ayam grg/kukus/stim 1 ketul sayur-sayuran 1 hidangan air kosong 1-2 gelas ~dinner nasi putih 1/2 dengan ikan bakar 1 ekor sayur-sayuran 1 hidangan jus segar tanpa gula 1 gelas ~mknan sampingan kacang walnut 5 keping susu rendah lemak 1 gelas air kosong 1 gelas ~~kurangkan air manis..lebihkan air kosong..ia boleh membantu pelawasan kita.. ~~xsalah mencuba..insyaallah kita akan rasa perubahan~~

Lemon + madu

~lemon bila dicampur dengan madu macam2 khasiat kita dapat..antaranya:- i~campurkan perahan lemon dengan madu bersama air panas..boleh mengurangkan berat badan..boleh juga diminum sejuk.. ii~1 sudu madu dicampurmadu sedikit lemon..boleh melegakan batuk dan sakit tekak.. iii~campurkan 1 sudu lemon dan 1 sudu madu..sapukan di muka..boleh dijadikan mask dan boleh membuang bulu halus di muka kita.. Semoga anda dapat mencubanya~~

Jumaat, 3 Julai 2015

Homesick..

~lagi 2 minggu kita nak sambut raya kan..terasa macam dah kena panggil ngan kampung halaman jer..tapi kena tahan diri aje la..cuti nanti amik banyak2 yer.. ~~homesick..huhuhuhu..😭😭~~

Khamis, 2 Julai 2015

kata2 utk ari nie...

~aku berterima kasih kepada mereka yang telah menyakiti aku..kerana apa?..kerana mereka telah mengajar aku siapa yang tidak boleh dipercayai~ ~~Jika kamu cinta dia, biarkan dia menjadi dirinya sendiri, maka kamu tidak akan kecewa ketika mereka tidak seperti yang kamu inginkan~~ ~~~Masa-masa terbaik dalam hidup adalah saat kita mampu menyelesaikan masalah sendiri, Masa-masa suram kehidupan adalah saat kita menyalahkan orang lain atas masalah yang kita hadapi~~~

Senaman Di Awal Pagi..

~bila bangun dari tido selalu nyer apa yang kita buat dulu..sebelum mandi..dulu saya bila bangun tido jer saya terus masuk bilik air n mandi..lepas itu solat subuh...sekarang, bila bangun jer saya terus buat beberapa senaman..saya buat dalam 50 kali..kalau rajin sikit saya akan buat sampai 100..bila dah puas hati baru saya pegi mandi nsolat subuh...kesan daripada senaman di awal pagi..perut saya sudah tidak buncit..sebelum ini orang pernah tegur pasal perut buncit saya...rasa malu ada juga..saya ada juga bersenam tapi tak menentu n masa tak sesuai... ~~rasanya bila dilakukan awal pagi..perut kita ada reaksi sikit kot...saya ada juga cuba senaman lain yang saya ikut dalam video...saya sertakan disini.... ~~~semoga kita mendapat perut yang kempis....hehehhe..chaiyokkk to me....

Rabu, 1 Julai 2015

senaman muka II

~ sebelum ini saya dh beritahu cara untuk menghilangkan temban di muka kita...ari ini saya sertakan bersama video untuk tontonan kawan2 semua... ~~semoga kita mendapat muka seperti bentuk V...hehehehhe~~
~~~jangan lupa untuk senyum~~~bersedekah~~~

Percubaan pertama...

~saya sangat suka meminum minuman yang kurang manis n sedikit masam..saya pernah cuba minum air lemon tanpa gula..tekak saya boleh terima cuma kurang rasa sikit..saya pernah rasa air jus lemon di kedai makanan dan yang terbaik saya penah cuba adalah di kedai arab..jus lemon ini baik utk perut kita...bagi yang susah nak buang air besar..mesti dia nak minuman yang masam utk melancarkan penghadamankan... ~~baru2 ini saya telah mencuba cara baru..saya telah melatakkan hirisan lemon ke dalam bekas..diselang dengan sedikit gula..saya guna 1 1/2 biji lemon..sebelum bekas ditutup saya masukkan ais dan diletakkan di luar peti ais...saya tidak mencampur air bersama lemon tadi...biarkan air cair dan lepas itu boleh diminum dan disimpan didalam peti...bila air dah kurang tambahkan ais @ air sahaja...InshaAllah penghadaman anda akan lancar... ~~~selamat mencuba~