Isnin, 27 Julai 2015

~Madu~

~~Sejak dari dulu lagi, madu lebah telah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian, pengamalan madu lebah boleh memberikan khasiat kepada pengamalnya. Pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. Dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah:lebahmadu2

- Asma - Haid - Resdung

- Alahan - Jerawat - Rambut gugur

- Barah - Letih - Sakit kepala

- Buasir - Lendir kahak - Sakit pinggang

- Batuk kering - Lemah jantung - Sakit sendi

- Batuk - Mata - Sukar tidur

- Darah Tinggi - Pening

- Gastrik - Penyeri muka



~~Selain penyakit di atas, masih banyak lagi khasiat madu yang perlu kita ketahui. Di antaranya, madu dapat:
  • Mengembalikan kekuatan tubuh badan.
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
  • Membersih dan menambah darah.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Mengelak cacing perosak dalam perut.
  • Menambah kelazatan makanan.
  • Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
  • Mudah dan cepat diserap oleh badan.
  • Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
  • Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
  • Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
  • Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
  • Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
  • Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
  • Sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus
  • Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
  • Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal
  • Sumber utama vitamin dan kaya dengan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Cara Mengetahui Keaslian Madu

~Madu lebah asli yang berkualiti tinggi amat sukar ditemui terutama ketika zaman moden ini. Adakalanya madu lebah yang terdapat dipasaran dicampur dengan bahan-bahan lain hanya semata-mata untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna.
Berikut adalah beberapa cara yang sering digunakan untuk mengesan keaslian madu: -
  • Madu asli tidak diserang oleh semut tetapi jika madu asli yang dicampur gula akan diserang pasukan semut.
  • Madu yang betul-betul asli tidak akan beku jika diletakkan di dalam peti sejuk.
  • Madu asli tidak akan putus-putus jika dituangkan ke dalam bekas.
  • Tuangkan sedikit madu ke dalam bekas kemudian campurkan dengan sedikit air dan goyangkan bekas perlahan-lahan.Jika madu asli, ia akan membentuk seperti sarang lebah dan tidak mempunyai rekahan.
  • Tuang madu ke dalam bekas atau tapak tangan. Madu asli akan membentuk bulatan.
  • Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan membuatkan telur ayam tersebut masak.
  • Titiskan setitis madu ke atas kertas. Madu asli akan membentuk bulat dan tidak diserap oleh kertas.


Cara Menyimpan Madu

~Berikut ini, diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak kehilangan manfaatnya:-
  • Jangan biarkan madu disimpan ditempat yang terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
  • Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan.
  • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik di simpan di tempat yang sejuk dan dingin.
  • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
  • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan